PENGARAH Pilihan Raya Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Asmuni Awi mengakui Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil pendekatan mencabar dan berisiko dalam berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.
Beliau ketika mengulas keputusan Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di luar kawasan selesa iaitu di Parlimen Tambun berkata, keputusan itu telah meletakkan HARAPAN untuk berjuang ketahap maksimum bagi memastikan kemenangan dicapai dan mandat rakyat sekali lagi diperolehi.
"Gendang sudah dipalu. Tiada pilihan untuk HARAPAN menyelamatkan tanah air dan rakyat negara ini melainkan berjuang dengan tekad tinggi untuk menang dan menubuhkan kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri," jelasnya.
Selain Anwar, keputusan AMANAH untuk mencalonkan penyandang kerusi Shah Alam, Khalid Abd Samad untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa juga menurut Asmuni adalah satu pengorbanan luar biasa.
"Meninggalkan Shah Alam bukan keputusan mudah. Parlimen itu dikuasai Khalid selama tiga penggal dan pada PRU lalu, Khalid memperoleh majoriti 33,849 undian menunjukkan kepimpinannya diterima semua pihak.
"Titiwangsa bakal menjadi percaturan sengit kepada Khalid. Beliau akan mempertaruh rekod cemerlangnya sebagai bekas Menteri Wilayah Persekutuan untuk memastikan Titiwangsa kekal sebagai Wilayah HARAPAN," katanya dalam kenyataan.
Tiada pilihan selain berjuang bersungguh-sungguh |
Katanya, tekad utama gabungan itu adalah untuk menghapuskan rasuah, menyediakan peluang pekerjaan bermutu dan terjamin kepada anak tempatan serta memulihkan imej negara melalui kestabilan politik dan ekonomi yang kukuh yang juga iltizam seluruh rakyat.
0 Comments