Debat: Nak beli barang pun tengok kualiti - Syed Saddiq


ISMAIL SABRI YAAKOB
dikritik lagi susulan kenyataannya yang mendakwa debat bukan sebahagian budaya politik di Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata debat adalah amalan yang sihat dan ia bukan asing kerana telah pun diadakan sebelum ini.

Melalui debat juga tegasnya, calon perdana menteri (PM) dapat membincangkan idea berdasarkan fakta dan data supaya boleh dinilai rakyat.

"Sebagai pemimpin kena berani menjawab tak kisah dari lawan ataupun rakyat. Pemimpin kena tunjuk pelan dasar dan polisi untuk hala tuju negara.

"Kena tunjuk pemimpin yang bakal memimpin Malaysia ada kredibiliti. Tunjuk kepada rakyat yang bakal PM kita ini berani ambil sebarang cabaran. Barulah rakyat confident (yakin) nak mengundi calon mana nanti.

"Kita kalau nak beli barang pun tengok kualiti. Jangan nanti barang order (pesanan) dengan barang sampai lain," katanya sambil menegaskan menyokong debat diadakan.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) baru-baru ini melontar cadangan supaya debat secara terbuka antara calon-calon Perdana Menteri daripada gabungan yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Jelasnya, debat itu adalah untuk memastikan rakyat dapat menilai dasar dan pelan rancangan yang akan dilaksanakan setiap calon Perdana Menteri jika dipilih kelak.

BACA: A
lasan Ismail sekadar tutup kelemahan

BACA: Buat malu orang Bera! kata warganet

Ismail walau bagaimanapun menolak saranan itu dengan alasan perdebatan antara calon yang bersaing untuk jawatan perdana menteri tidak pernah diadakan selain calon-calon sedang sibuk di kawasan masing-masing.

Keengganan Ismail itu untuk menerima pelawaan debat itu sebelum ini dikritik warganet, malah ia turut dikritik Anwar.

Rakyat tak yakin nak undi pemimpin penakut
“(Ismail) ini hidup pada zaman mana? Parlimen itu tempat berbahas, sekolah mahupun universiti yang berjaya menganjurkan pemikiran kritis, pemikiran kreatif yang membolehkan perbahasan.

“Ulama-ulama besar zaman silam hidup dengan penuh perbahasan, soal jawab dan berbagai pendapat. Bezanya, kita gunakan istilah yang baik, tak maki orang.” katanya dalam ucapan pada program ceramahnya di Melaka.

Post a Comment

0 Comments