Tuduhan Tajuddin tak betul, tegas bekas pegawai MOF

 


KENYATAAN bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tajuddin Abdul Rahman kononnya berlaku diskriminasi kaum dalam Kementerian Kewangan ketika pentadbiran HARAPAN dikecam ramai.

Antaranya bekas pegawai menteri ketika itu Lim Guan Eng, Rahmah Ghazali yang juga wartawan.

Menurut Rahmah kementerian itu mempunyai ramai kakitangan Melayu dan pasukannya juga terdiri dari pelbagai bangsa.

"Saya kerja dengan menteri kewangan selama empat bulan selepas pembangkang (HARAPAN) ambil alih kerajaan.

"(Kakitangan) Melayu ramai je, masa hari raya setiap jabatan buat rumah terbuka," katanya melalui ciapan di Twitter seperti dilapor Malaysiakini.

Tajuddin, pada program Wacana bertajuk ‘Demi Rakyat atau Kuasa’ anjuran Sinar membuat tuduhan kononnya Guan Eng meminggirkan pegawai Melayu dan membawa pasukannya sendiri ke dalam kementerian itu.

Tajuddin juga menuduh kementerian itu ketika dibawah Guan Eng seperti 'tokong cina' dan tidak mengamalkan kod etika pemakiaan ditetapkan.

Dia juga mendakwa ramai pegawai Melayu dibuang sementara orang Melayu tidak boleh masuk ke pejabat Kementerian berkenaan pada masa itu.

"Pejabat menteri kewangan dah jadi macam tempat tokong Cina. Banyak pergi pakai seluar pendek.

""Berapa ramai pegawai Melayu yang dibuang? Mana ada orang Melayu boleh pijak tangga atau masuk dalam pejabat Kementerian Kewangan pada masa itu," kata bekas Pengerusi Prasarana Malaysia yang dipecat pada 2021 itu seperti dilapor media.  

Berdasarkan pengalamannya, Rahmah menyangkal dakwaan Tajuddin dengan berkata dekorasi dan rekaan dalaman pejabat Lim tidak diubah daripada sejak menteri sebelumnya, iaitu Najib Razak.

Beliau malah menyifatkan kenyataan Tajuddin bahawa kod etika pemakaian dilanggar ketika zaman HARAPAN sebagai tidak masuk akal. 

"Nak masuk pejabat kerajaan ni ada dress code. Skirt atas lutut pun kadang2 tak boleh masuk, apatah lagi seluar pendek.

"Tak rasa berdosa ke fitnah orang camni?' soalnya.

Rahmah sifatkan tuduhan Tajuddin sebagai fitnah
Ketika sesi wacana itu, moderator wacana cuba menyatakan bahawa tiada salah jika Menteri bertindak melantik pegawai berdasarkan merit.
 
Namun Tajuddin menepis pandangan moderator untuk mencelah dengan mendakwa moderator sudah "hilang kemelayuannya".

Seorang lagi wartawan, Amer Hadi Azmi, turut mengongsikan imej yang pernah tular sebelum ini, iaitu gambar ayat al-Quran yang dibingkai dan digantung di dinding di belakang meja menteri, sejak era Najib sehingga ketika Lim menjawat jawatan itu.

Post a Comment

0 Comments