Sah calon PM HARAPAN bertanding di Parlimen Tambun


CALON Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu dibuat sendiri Anwar yang juga pengerusi gabungan itu pada Konvensyen HARAPAN di Pusat Konvensyen Ipoh malam ini.

Kerusi Parlimen Tambun kini disandang Ahmad Faizal Azumu, yang juga timbalan presiden Bersatu.

Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,320 undi pada PRU14 mewakili HARAPAN atas tiket Bersatu menewaskan calon Barisan Nasional, Ahmad Husni Hanadzlah dan calon PAS, Ibrahim Zakaria.

Bersatu kemudian meninggalkan HARAPAN susulan 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan mandat gabungan itu kemudian dinafikan segerombolan Ahli Parlimen digelar 'pengkhianat'.

Anwar sebelum ini memberi bayangan akan bertanding di kerusi yang dikhianti ahli Parlimen berpaling tadah, Beliau dipelawa untuk bertanding di Perak oleh pimpinan KEADILAN negeri itu.

Terdahulu sebelum keputusan itu diumum secara rasmi, Pengarah Konvensyen HARAPAN yang juga Ketua DAP Perak Nga Kor Ming memberi bayangan Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen di negeri itu dengan berkata, Perak banyak melahirkan pemimpin tersohor, namun tidak pernah ada perdana menteri datang dari negeri itu.

Langkah penting untuk tawan Putrajaya


“Perak pernah melahirkan pemimpin tersohor, tetapi ada kurang, tak pernah ada PM dari Perak, inilah peluang keemasan kita,” katanya.


Keputusan Anwar bertanding di Perak dilihat bukan sahaja untuk merampas kerusi Parlimen Tambun, namun impak dari kepuutusan itu diyakini bakal memberi impak kepada suasana politik Perak dan ini penting dalam langkah gabungan itu untuk tawan Putrajaya.

Post a Comment

0 Comments