Maszlee Malik dapat mandat pertahan Simpang Renggam


BEKAS
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bakal mempertahankan kerusi Parlimen Simpang Renggam yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Perkara itu dimaklumkan Maszlee melalui satu hantaran di laman Facebooknya semalam.

"Pagi ini saya telah menerima amanat dan pertanggungjawaban dari Presiden KEADILAN serta pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN)

"Pertahankan parlimen Simpang Renggam dengan apa harga sekalipun demi Malaysia dan masa depan pendidikan negara," katanya pada hantaran itu.

Maszlee merupakan seorang Ahli Akademik menyertai pilihan raya umum buat kali pertama pada 2018 sebagai mewakili Bersatu atas tiket HARAPAN dan memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,475 undi menewaskan calon Gerakan dan PAS.

Beliau kemudiannya memilih menyertai KEADILAN selepas berlakunya Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan HARAPAN tumbang.

Maszlee menteri semula jika HARAPAN menang?
Difahamkan, Maszlee adalah individu bertanggungjawab membuat pendedahan berkaitan projek solar hibrid pada 2018.

Isteri bekas Perdana Menteri pada 1 September lalu dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan penjara RM970 juta setelah didapati bersalah  Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

 

Post a Comment

0 Comments