BEKAS MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof memulakan tindakan undang-undang terhadap PAS.
Ia susulan tular satu penulisan fitnah bertajuk “Mantan Menteri Agama PH Sokong Eljibiti?” dimuatnaik di Facebook parti itu pada 16 Oktober lalu.
Menurut naib presiden parti Amanah Negara (Amanah) itu, surat tuntutan telah dihantar kepada PAS melalui firma guaman Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir semalam.
"Pihak Pejabat Agung PAS juga telah mengaku terima surat tuntutan tersebut," katanya.
Dalam tuntutannya, Mujahid memberi tempoh selama 48 jam kepada PAS untuk menarik balik tuduhan mengaitkannya dengan kumpulan LGBT itu dengan memadamkan tulisan yang dianggap sebagai fitnah.
PAS juga perlu meminta maaf kepadanya.
Penyandang kerusi parlimen Parit Buntar itu juga menuntut PAS membayar ganti rugi atas kerosakan reputasi yang disebabkan oleh tulisan berkenaan.
"Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sama kepada mana-mana pimpinan PAS yang tidak serik-serik membuat tulisan-tulisan fitnah dan mengaitkan saya dengan LGBT," katanya.
Tahun lalu, seorang wartawan akhbar Harakan yang merupakan lidah rasmi PAS mengemuka permohonan maaf kepada Mujahid.
Ia susulan penyiaran artikelnya bertajuk 'Sajat: Mujahid dan K'jaan PH patut dipersalahkan dan 'Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH,"
Mujahid dalam tuntutan perundangannya mendakwa kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat, khususnya yang beragama Islam, terlibat dalam aktiviti 'Lesbian Gay Bisexual Transexual (LGBT)' selain didakwa menjadi punca kepada tindakan Sajat memakai telekung serta berpakaian seperti wanita, sewaktu menunaikan umrah.
Kenyataan fitnah itu jelasnya telah menjatuhkan maruah, kredibiliti serta reputasinya selaku menteri yang menjaga hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri, dan akibat daripada penyebaran kata-kata fitnah tersebut, beliau mengalami tekanan serta berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat.
Ia susulan tular satu penulisan fitnah bertajuk “Mantan Menteri Agama PH Sokong Eljibiti?” dimuatnaik di Facebook parti itu pada 16 Oktober lalu.
Menurut naib presiden parti Amanah Negara (Amanah) itu, surat tuntutan telah dihantar kepada PAS melalui firma guaman Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir semalam.
"Pihak Pejabat Agung PAS juga telah mengaku terima surat tuntutan tersebut," katanya.
Dalam tuntutannya, Mujahid memberi tempoh selama 48 jam kepada PAS untuk menarik balik tuduhan mengaitkannya dengan kumpulan LGBT itu dengan memadamkan tulisan yang dianggap sebagai fitnah.
PAS juga perlu meminta maaf kepadanya.
Penyandang kerusi parlimen Parit Buntar itu juga menuntut PAS membayar ganti rugi atas kerosakan reputasi yang disebabkan oleh tulisan berkenaan.
"Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sama kepada mana-mana pimpinan PAS yang tidak serik-serik membuat tulisan-tulisan fitnah dan mengaitkan saya dengan LGBT," katanya.
Tahun lalu, seorang wartawan akhbar Harakan yang merupakan lidah rasmi PAS mengemuka permohonan maaf kepada Mujahid.
Ia susulan penyiaran artikelnya bertajuk 'Sajat: Mujahid dan K'jaan PH patut dipersalahkan dan 'Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH,"
![]() |
PAS dah tiada modal lain nak dekati rakyat? |

0 Comments