Amanah pecat Pengerusi negeri Kedah serta merta


PENGERUSI
Amanah Kedah Phahrolrazi Mohd Zawawi dipecat keahlian berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Setiausaha Agungnya Mohd Hatta Ramli dipetik laporan media berkata,pemecatan Adun Alor Mengkudu itu dibuat berdasarkan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2(b).

"Jawatankuasa Pengurusan Amanah yang bermesyuarat pada hari ini membuat keputusan memecat keahlian Phahrolrazi kerana didapati melanggar perlembagaan parti, mengingkari keputusan-keputusan parti dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti," katanya Mohd Hatta dalam satu kenyataan media.

Difahamkan tindakan terhadap Phahrolrazi itu dibuat susulan isu berkait kerusi yang dipertandingkan pada PRU ke-15 nanti.

Phahrolrazi menurut laporan Malaysia yang dipetik sumber bertindak mengingkari keputusan parti yang memberi laluan kepada calon daripada DAP untuk bertanding di Parlimen Jerai sebagai timbal balik supaya DAP memberi kerusi Alor Gajah, Melaka kepada parti itu.

"Amanah mahukan kerusi Alor Gajah, jadi DAP minta kerusi Jerai dan dia (Phahrolrazi) tak setuju.

Phahrolrazi didakwa tak mahu kompromi
"Adly Zahari nak bertanding di Alor Gajah.

"Kerusi Alor Gajah lebih berpotensi untuk menang, lagipun calon DAP (Zulhazmy Shariff) di Jerai mesra Amanah," kata sumber tersebut.

DIfahamkan susulan pemecatan itu, tugas-tugas pengerusi Amanah Kedah akan disandang timbalan pengerusnya Dr Ismail Salleh.

Post a Comment

0 Comments