HARAPAN lapor polis, dakwa Harakahdaily siar artikel fitnah


SATU
laporan polis telah dibuat Pakatan Harapan (HARAPAN) berkaitan tulisan di akhbar web PAS Harakahdaily pada 1 September lalu yang dianggap fitnah.

Laporan polis berhubung artikel bertajuk “PH dikelilingi golongan ‘pemberi rasuah’” itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi pada Isnin lalu.

“Artikel tersebut ada menuduh Pakatan Harapan dikelilingi pemberi rasuah sepanjang tempoh pemerintahannya.

“Ini ialah satu kenyataan berbaur fitnah jahat oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai ulama suci,” kata Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) Sheikh Umar Bagharib Ali.

Turut dilihat hadir di IPD berkenaan adalah Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Difahamkan artikel itu ditulis oleh anggota jawatankuasa kerja PAS Mohd Zuhdi Marsuki, yang menjelaskan dan mempertahankan kenyataan kontroversi Presidennya, Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Zuhdi antaranya berkata umum mengetahui bahawa pemberi rasuah lazimnya adalah daripada kalangan “tauke” yang majoritinya adalah bukan Bumiputera.

“Bagaimanapun, bukanlah bermaksud semua golongan kaya dan saudagar perniagaan terlibat, sebaliknya segelintir dari mereka yang melakukannya,” tulisnya.

BACA:
Presiden PAS wajar bertanggungjawab bila buat kenyataan
BACA: Abdul Hadi merapu, tak faham isu
BACA: Presiden PAS ambil fakta mana?

Terdahulu Abdul Hadi melalui hantaran Facebooknya bertarikh 20 Ogos menyalahkan orang Melayu yang menurutnya tidak peduli terhadap undi mereka, menyebabkan bukan Melayu dan "liberal" menguasai kuasa politik negara pada pilihan raya umum lalu.

Ahli Parlimen Marang itu turut mendakwa golongan yang paling besar merosakkan negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan Bumiputera.

Mereka dakwa Hadi yang menjadi punca rasuah kerana mengejar harta secara haram.

“Dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman," katanya dipetik.

Kenyataan Abdul Hadi itu mendapat kritikan banyak pihak kerana dibuat tanpa asas atau bukti. Malah ia dilihat merbahaya kerana berbaur perkauman.

Tak wajar buat tuduhan tanpa bukti kukuh
Dia yang merupakan Duta Khas kepada Perdana menteri itu kemudian dipanggil polis pada 29 Ogos bagi membantu siasatan. Ia selepas 28 laporan polis dibuat terhadap Hadi.

BACA: Presiden PAS disiasat polis susulan ‘ucapan kebencian’

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2008 kerana menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian komunikasi.

Post a Comment

0 Comments