HARAPAN Negeri Sembilan harap Anwar kekal di Port Dickson


PAKATAN HARAPAN
(HARAPAN) Negeri Sembilan menyatakan harapan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusi negeri Datuk Seri Aminuddin Harun berkata jika presiden KEADILAN itu memutuskan bertanding di kerusi parlimen itu, ia pastinya memberi kelebihan dalam usaha mengekalkan kepimpinan HARAPAN di Negeri Sembilan.

“Belum ada kata putus mengenainya tapi kita mengalu-alukan Anwar bertanding di Port Dickson. Walaupun beliau sibuk sebagai ketua pembangkang, Port Dickson sentiasa menjadi keutamaan beliau.

“Kalau beliau masih di Port Dickson, ia akan berikan kelebihan buat kami di peringkat Dewan Undangan Negeri. Pengerusi HARAPAN bertanding di Negeri Sembilan, tentu akan berikan kelebihan," katanya.

Anwar pada Isnin memaklumkan bahawa beliau masih belum memutuskan kerusi Parlimen mana bakal dipertandingkannya pada PRU15.

Ketika beliau digesa terus kekal di Port Dickson, ada tawaran supaya Ketua Pembangkang itu bertanding di kerusi Parlimen Tambun di Perak.

Anwar telah bawa impak perubahan ke PD
Anwar berkata, penelitian mendalam mengenai kerusi mana yang bakal ditandinginya sedang dilakukan termasuk perbincangan dengan mantan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta pimpinan lain.

Keputusan sama ada mempertahankan kerusi Port Dickson atau bertanding di kawasan lain jelasnya hanya akan dikongsi beliau apabila sampai masanya kelak.


Post a Comment

0 Comments