Presiden PAS disiasat polis susulan ‘ucapan kebencian’


PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang disiasat polis berhubung kenyataan mengaitkan bukan Islam dan bukan Bumiputera dengan rasuah di negara ini.

Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A Skandaguru yang berkata siasatan dijalankan oleh unit siasatan jenayah terkelas (D5) Bukit Aman.

Hadi yang juga adalah Duta Khas kepada Perdana Menteri disiasat mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2008 kerana menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian komunikasi.

"Siasatan masih dijalankan dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan kenyataan yang boleh menganggu proses siasatan.

"PDRM juga menyeru orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh menggugat keharmonian dalam masyarakat," kata Skandaguru pada satu kenyataan.

Pada 20 Ogos, Abdul Hadi membuat hantaran di Facebooknya membuat bahawa majoriti pengamal rasuah adalah dikalangan kalangan bukan Islam dan bukan Bumiputera.

Sambil menuduh pihak itu mengejar harta secara haram, dikalangan mereka katanya menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman.

"Majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan bumiputera," kata Abdul Hadi dipetik media.

Kenyataan Abdul Hadi kemudian dikritik banyak pihak.

Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, tidak wajar pemimpin politik itu membuat tuduhan rambang yang tidak disertakan dengan bukti yang menjatuhkan maruah kaum lain.

BACA: Presiden PAS ambil fakta mana?
BACA:
Abdul Hadi merapu, tak faham isu
BACA: Presiden PAS wajar bertanggungjawab bila buat kenyataan

"Dari mana dia dapat angka-angka ini? Kenyataan secara umum begitu benar-benar suatu tuduhan liar, dan tidak wajar.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun tidak mengeluarkan pecahan pelaku rasuah mengikut kaum," katanya.

Ketua Pembangkang di DUN Perak, Abdul Aziz Bari turut membidas kenyataan itu dengan menggesa Abdul Hadi tidak menggunakan sentimen perkauman untuk meraih sokongan politik.

Pakar Perlembagaan berkata itu masalah rasuah di banyak negara sejak berzaman sepanjang sejarah dan tidak terhad kepada orang Islam atau bukan Islam.

Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D Angelus pula menyatakan rasa kesal apabila isu perkauman sering digunakan sebagai modal politik oleh parti tertentu untuk meraih sokongan rakyat.

Kenyataan Hadi dianggap tuduhan liar dan tak wajar
“Abdul Hadi sepatutnya lebih bertanggungjawab apabila mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas mengenai bukan Islam dan bukan bumiputera yang kononnya menjadi punca kepada segala masalah," tegasnya.

Difahamkan sebanyak 28 laporan polis telah difailkan susuan kenyataan yang dianggap keterlaluan itu.

Post a Comment

0 Comments