ISU Kesesakan lalu lintas di Jalan Perindustrian Rawang (FT3209) yang berlarutan sejak 30 tahun lalu bakal berakhir tidak lama lagi.
Berita baik itu disampaikan ADUN Rawang, Chua Wei Kiat melalui hantaran di laman Facebooknya.
Menurutnya, antara skop projek adalah menaik taraf jalan berkembar empat lorong sepanjang 3.2 km dan membina laluan atas empat lorong dari persimpangan Kuala Garing hingga persimpangan Bristol-Kuang.
"Nilai projek ini adalah RM227juta, kerja-kerja projek selain daripada penglebaran jalan, kontrator juga akan menglibatkan kerja-kerja seperti reka bentuk, pengambilan tanah, geoteknik dan pengalihan utiliti.
"Projek ini dijangka akan mengambil 4 tahun untuk melaksana, jangka akan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2026," katanya
Chua turut memaklumkan serahan tapak kepada kontraktor telah dbuat pada 22 Ogos lalu.
Beliau turut berkata, masalah di laluan menghubungkan kawasan Bandar Rawang dengan lebuhraya utama itu berlaku akibat rancangan pembinaan yang tidak teratur pada zaman dulu.
"Jalan dibina secara sempit (bottleneck). Untuk melepasi kesesakan lalu lintas sepanjang 300 meter perlu lebih 30 minit," jelasnya.
Sementara itu, Chua yang juga Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu dalam satu laporan media menggesa kerajaan persekutuan memberi tumpuan kepada kesesakan lalu lintas khususnya di jalan raya persekutuan.
Jalan raya dibawah kendalian persekutuan itu jelasnya sering menghadapi isu kerosakan dan kesesakan lalu lintas kerana tidak diselenggara dengan baik.
"Jalan raya negeri dan jalan JKR senang nak dapat peruntukan untuk naik taraf. Jalan persekutuan sangat susah payah untuk mendapatkan peruntukan.
"Ini bukan sahaja di bandar...malah kawan-kawan saya dari Pahang pun mempunyai isu yang sama.
Isu jalan persekutuan perlu diberi perhatian |
Tambah buruk katanya, walaupun perkara ini dibangkitkan berkali-kali tiada peruntukan daripada kerajaan pusat.
"Ia sehingga Kerajaan Pakatan Harapan memperuntukkan bajet untuk naik taraf jalan ini di bawah Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) pada 2020," katanya.
0 Comments