LAPORAN polis dibuat terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi susulan dakwaan menghina dan memfitnah badan kehakiman dalam ucapannya di taklimat khas parti itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Pengarah Mobilisasi Amanah Mohd Sany Hamzan, berkata dalam ucapan yang menyentuh keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Najib Razak itu, Ahmad Zahid menghina dan memfitnah institusi kehakiman negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yang di-Pertuan Agong.
"Klip video dan teks ucapan Ahamd Zahid di majlis itu tular di media sosial.
“Dalam ucapan itu, Zahid secara terbuka dengan niat yang jelas mencaci, menghina dan memfitnah Badan Kehakiman Negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yang di-Pertuan Agong berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Najib Razak, minggu lalu.
“Susulan itu, kami membuat laporan polis supaya siasatan dilakukan termasuk terhadap beberapa individu lain yang turut berucap dalam majlis sama selain menyiasat pihak yang memuat naik ucapan berkenaan serta pihak menganjurkan majlis berkenaan,”katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada 11 pagi semalam.
Mohd Sany mahu siasatan segera dijalankan |
"Kes akan dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman, kertas siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
0 Comments