CADANGAN Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan dalam sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin ini ditangguhkan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar setelah kabinet dilapor tidak bersetuju dan mahu definisi “lompat parti” dikaji semula.
Keputusan itu bermakna RUU itu akan ditangguhkan buat kali kedua.
BACA: K'jaan dilihat sengaja lengah RUU antilompat parti
BACA: HARAPAN beri komitmen sokong RUU Anti LompatParti
RUU itu, pada asalnya dijadualkan untuk dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu, hari terakhir sidang pertama Dewan Rakyat pada tahun ini.
Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) menyatakan komitmen bahawa semua Ahli Parlimennya akan menyokong RUU itu.
RUU itu adalah intipati penting dalam perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara HARAPAN dan Putrajaya tahun lalu selain had penggal bagi jawatan perdana menteri.
Beberapa pemimpin HARAPAN sejak beberapa bulan lalu mendesak supaya RUU itu dibentangkan, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan dengan adanya RUU itu ia dapat menghalang wakil rakyat parti itu melompat parti sekaligus menyebabkan ketidakstabilan kerajaan
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook menggesa semua parti menyuarakan pendirian sama ada ada Ahli Parlimen mereka akan menyokong Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Seremban itu berkata, akta yang ditunggu-tunggu itu perlu disokong sekurang-kurangnya 148 Ahli Parlimen untuk diluluskan kerana ia membabitkan pindaan Perlembagaan yang memerlukan majoriti 2/3.
![]() |
Kabinet dilapor mahu definasi 'lompat' disemak |
“Saya menyeru setiap parti yang mempunyai wakil di Parlimen untuk menyatakan pendirian mereka secara terbuka,” katanya dalam catatan di Facebook.