SEMUA Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memberi komitmen penuh menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang bakal dibentangkan minggu depan.
Majlis Presiden HARAPAN menyatakan komitmen itu melalui satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam.
"Pimpinan utama HARAPAN telah mengadakan satu pertemuan bersama perdana menteri pagi ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status pembentangan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti) yang dijadualkan pada 11 April 2022.
"Perdana menteri telah memberi komitmen bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April 2022 sepertimana yang telah diedarkan kepada ahli-ahli parlimen.
"Majlis Presiden HARAPAN memberi komitmen penuh bahawa kesemua ahli parlimen HARAPAN akan memberi sokongan bagi tujuan meluluskan Pindaan Perlembagaan ini," kata kenyataan itu.
Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Pengerusi HARAPAN yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook dan Presiden Upko Wilfred Madius Tangau.
Menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara HARAPAN dan Putrajaya tahun lalu, rang undang-undang antilompat parti sepatutnya dibentangkan dalam mesyuarat pertama Dewan Rakyat tahun ini yang berakhir bulan lalu.
Ia intipati penting Mou itu selain had penggal bagi jawatan perdana menteri.
Sementara itu difahamkan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen juga telah membangkitkan isu aplikasi MySejahtera yang didakwa dimiliki oleh sebuah syarikat negara asing dan perlu diberi penjelasan di Dewan Rakyat pada pertemuan itu.

![]() |
Semua Ahli Parlimen HARAPAN akan sokong |

0 Comments