KESATUAN Mahasiswa Universiti Malaya (KMSU) sedia menjadi penganjur debat di antara Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung isu Sapura Energy Bhd (Sapura Energy).
Melalui satu kenyataan, kesatuan itu berkata mereka sebagai badan berkecuali lebih sesuai menganjurkan perdebatan itu.
"Sebagai sebuah badan persatuan mahasiswa yang meraikan program bersifat keilmuan dan meraikan pendapat, kami ingin menawarkan diri menjadi penganjur bagi sesi perdebatan tokoh politik tanah air ini.
"KMUM menawarkan untuk menjadi penganjur debat awam atas kapasiti organisasi ini sebagai entiti neutral dan mampu untuk memberi keyakinan kepada penonton dan rakyat," kata KMSU.
Najib sebelum ini mencabar Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk berdebat dengan Rafizi bertindak sebagai penasihat Anwar.
Ia susulan kritikan Rafizi terhadap Najib dalam isu kewangan syarikat senarai awam itu yang menimbulkan banyak persoalan sama ada syarikat milik kerajaan, Permodalan Nasional bhd (PNB) perlu menyuntik dana lagi untuk mengeluarkan firma itu daripada masalah kewangannya.
Najib telah mencadangkan bail out kerajaan untuk Sapura Energy, manakala Rafizi berkata pengurusan baru syarikat itu mempunyai pengalaman dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.
Anwar yang menerima cabaran itu pada Isnin menegaskan bahawa pendiriannya kekal tidak berubah sejak pertama kali mencabar Najib untuk berdebat mengenai ekonomi lebih sedekad lalu, yang akhirnya tidak berlaku.
Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Anwar berkata bahawa pihaknya dalam proses menyelaraskan waktu yang sesuai untuk berdebat dengan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung isu berkenaan.
Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil juga telah diminta berbincang dengan pihak media terkait liputan penganjuran debat tersebut yang bagi Anwar harus disiarkan secara meluas.
Melalui satu kenyataan, kesatuan itu berkata mereka sebagai badan berkecuali lebih sesuai menganjurkan perdebatan itu.
"Sebagai sebuah badan persatuan mahasiswa yang meraikan program bersifat keilmuan dan meraikan pendapat, kami ingin menawarkan diri menjadi penganjur bagi sesi perdebatan tokoh politik tanah air ini.
"KMUM menawarkan untuk menjadi penganjur debat awam atas kapasiti organisasi ini sebagai entiti neutral dan mampu untuk memberi keyakinan kepada penonton dan rakyat," kata KMSU.
Najib sebelum ini mencabar Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk berdebat dengan Rafizi bertindak sebagai penasihat Anwar.
Ia susulan kritikan Rafizi terhadap Najib dalam isu kewangan syarikat senarai awam itu yang menimbulkan banyak persoalan sama ada syarikat milik kerajaan, Permodalan Nasional bhd (PNB) perlu menyuntik dana lagi untuk mengeluarkan firma itu daripada masalah kewangannya.
Najib telah mencadangkan bail out kerajaan untuk Sapura Energy, manakala Rafizi berkata pengurusan baru syarikat itu mempunyai pengalaman dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.
Anwar yang menerima cabaran itu pada Isnin menegaskan bahawa pendiriannya kekal tidak berubah sejak pertama kali mencabar Najib untuk berdebat mengenai ekonomi lebih sedekad lalu, yang akhirnya tidak berlaku.
![]() |
Pihak Anwar telah bersedia |

0 Comments