AHLI PARLIMEN Bukit Gelugor Ramkarpal Singh menyifatkan kerajaan seolah-olah sengaja melengahkan pembentangan undang-undang antilompat parti
Pandangan itu dinyatakan Ramkarpal selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mendakwa belum mencapai konsensus berhubung definisi “lompat parti”.
“Dakwaan Wan Junaidi yang menyatakan kesukaran memuktamadkan dan meluluskan cadangan undang-undang antilompat parti kerana perbezaan takrifan adalah tidak berasas.
“Mungkin ada pelbagai pilihan takrifan untuk memperincikan maksud lompat parti, namun yang pasti contoh paling asas yang menonjol sudah boleh ditangani sekarang dalam cadangan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti.
“Individu keluar parti mengejut dan menyertai parti yang memegang kuasa atau menjadi wakil Bebas tetapi mesra parti berkuasa adalah contoh paling terang menunjukkan individu itu meninggalkan partinya untuk parti lain dengan motif tersembunyi,” katanya.
Tegas beliau lagi, kerajaan juga tidak perlu memberi penjelasan melainkan menunaikan janjinya untuk membentangkan undang-undang itu selaras pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bersama pembangkang tahun lalu.
Justeru undang-undang antilompat parti kata Pengerusi Biro Undang-undang DAP itu, termasuk pindaan perlembagaan bersesuaian boleh mengharamkan “tindakan mengejut” melompat parti.
Terdahulu, Pakatan Harapan (HARAPANH) memberi amaran kepada kerajaan bahawa MoU yang dimeterai akan terbatal jika Rang Undang-undang Anti Lompat Parti tidak dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, HARAPAN sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bulan lalu bahawa MoU akan “terbatal dengan sendiri” jika tuntutan itu tidak ditunaikan.
Kerjaan perlu tunjuk komitment mereka |
Ia juga tegasnya menimbulkan keraguan sama ada kerajaan benar-benar mahu meluluskan undang-undang sedemikian selain menghakis keyakinan dalam kalangan rakyat bahawa reformasi institusi benar-benar mahu dilakukan di negara ini oleh kerajaan sedia ada.
0 Comments