PRESIDEN Umno, Ahmad Zahid Hamidi didakwa pernah bertemu Mahiaddin Md Yassin bagi meminta campur tangan dalam kes mahkamah dihadapinya.
Dakwaan itu dibuat Mahiaddin yang merupakan Presiden Bersatu dalam satu ceramah di Tangkak, Johor pada Rabu.
Memetik laporan sebuah portal, Mahiaddin menambah, Ahmad Zahid melawatnya selepas dia dilantik sebagai perdana menteri dengan membawa ‘fail bertimbun’.
“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan)," katanya.
Dalam ceramah itu Mahiaddin mendakwa memberitahu Ahmad Zahid bahawa jika dia tidak bersalah, dia perlu melalui proses perbicaraan di mahkamah.
Selain Ahmad Zahid, Presiden parti Bersatu itu turut mendakwa bekas perdana menteri, Najib Razak juga meminta campur tangannya untuk menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya dalam kes mahkamah yang dihadapinya.
Kata Mahiaddin permintaan itu dibuat ketika Najib datang melawat di pejabatnya untuk mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai perdana menteri.
Mahiaddin buat dakwaan dalam ceramah di Tangkak |
“Kalau boleh minta saya keluarkan (Datuk Seri Gopal) Sri Ram. Mana boleh, saya tidak akan buat macam itu.
“Akhirnya dalam tempoh beberapa bulan kedudukan kerajaan yang awal-awal ok dah jadi macam tak berapa ok, bergoyang-goyang,” katanya.
Najib sebelum ini menafikan ada meminta campur tangan Muhyiddin dan mengancam mahu menyaman bekas perdana menteri itu.
0 Comments