SEMUA pemimpin termasuk di pihak kerajaan dan juga organisasi digesa mengambil contoh kefahaman Islam yang ditekankan bekas Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Allahyarham Profesor Datuk Dr Siddiq Fadzil.
Saranan itu dibuat Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam ketika melancarkan beberapa judul buku oleh allahyarham bekas presiden Abim itu di Universiti Selangor (Unisel), Shah Alam.
Kefahaman tersebut berkenaan memperkukuh kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini tanpa meminggirkan kepelbagaian budaya dan kaum katanya jika dapat diperkukuhkan terutama dalam kalangan golongan muda, akan melahirkan warganegara Malaysia yang lebih baik.
“Kekuatan Siddiq (Fadzil) itu (adalah dia) menjelaskan bahawa untuk untuk mengukuhkan kedudukan sebagai Melayu dan semangat Melayu itu (kita) tidak harus meremehkan, meminggirkan budaya dan pandangan kaum lain.
Bagaimanapun, Anwar juga mengambil maklum tentang sesetengah pihak yang juga meremehkan orang Melayu.
“Jadi, berbeza pula ada orang mengatakan bahawa untuk Malaysia ini, dia perlekeh Melayu ada banyak juga, ini menjadi masalah sekarang.
“Jadi saya tidak setuju kalau pandangan begitu, jadi apa yg ditekankan oleh Siddiq Fadzil adalah supaya kita berakar kepada bumi Melayu tetapi kita juga terima kenyataan bahawa kita harus angkat martabat rakyat Malaysia dalam konsep kewarganegaraan dan kefahaman Islam,” jelas Presiden parti KEADILAN itu.
Tambah Anwar, pelbagai tafsiran tercetus terhadap Islam membawa kepada wujudnya golongan ekstrem.
"Kenapa tidak dalam fahaman Islam ini, apa yang berlaku seperti sekarang jadi tafsirannya pelbagai, ada yang melampau, macam Taliban dan lain-lain.
"Tapi di sebaliknya golongan elit bandar dan liberal ini pula mengatakan baik sebaik kita faham Islam, ini masalah Islamisasi, jadi dia ada ekstrem.
"Jadi dia baca apa yang dikupas oleh Siddiq, menjadi Muslim yang baik dan orang Melayu yang mengakar di bumi Melayu itu juga menjadikan seorang warganegara Malaysia yang berjaya dan kecintaan kemanusiaan yang mendalam," jelasnya lagi.
Selain kefahaman Islam Anwar turut menekankan supaya usaha martabat bahasa Melayu juga seharusnya diangkat oleh semua pihak terutama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
"Banyak kali saya tegur, bahawa tidak ada upaya yang cukup kuat untuk mengangkat martabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
"Bila kita bicara soal bahasa Melayu dianggap kita nak mengenepikan keutamaan bahasa Inggeris, bahasa Inggeris tetap penting tapi tidak boleh kita kekalkan suasana sekarang, di mana kita tidak beri tumpuan dan mengangkatnya (bahasa Melayu).
"Ini peranan KKMM dan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengangkat kembali kedudukan bahasa dan mesti lebih lantang dan kuat dalam komitmen mereka," jelas Anwar.
Saranan itu dibuat Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam ketika melancarkan beberapa judul buku oleh allahyarham bekas presiden Abim itu di Universiti Selangor (Unisel), Shah Alam.
Kefahaman tersebut berkenaan memperkukuh kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini tanpa meminggirkan kepelbagaian budaya dan kaum katanya jika dapat diperkukuhkan terutama dalam kalangan golongan muda, akan melahirkan warganegara Malaysia yang lebih baik.
“Kekuatan Siddiq (Fadzil) itu (adalah dia) menjelaskan bahawa untuk untuk mengukuhkan kedudukan sebagai Melayu dan semangat Melayu itu (kita) tidak harus meremehkan, meminggirkan budaya dan pandangan kaum lain.
Bagaimanapun, Anwar juga mengambil maklum tentang sesetengah pihak yang juga meremehkan orang Melayu.
“Jadi, berbeza pula ada orang mengatakan bahawa untuk Malaysia ini, dia perlekeh Melayu ada banyak juga, ini menjadi masalah sekarang.
“Jadi saya tidak setuju kalau pandangan begitu, jadi apa yg ditekankan oleh Siddiq Fadzil adalah supaya kita berakar kepada bumi Melayu tetapi kita juga terima kenyataan bahawa kita harus angkat martabat rakyat Malaysia dalam konsep kewarganegaraan dan kefahaman Islam,” jelas Presiden parti KEADILAN itu.
Tambah Anwar, pelbagai tafsiran tercetus terhadap Islam membawa kepada wujudnya golongan ekstrem.
"Kenapa tidak dalam fahaman Islam ini, apa yang berlaku seperti sekarang jadi tafsirannya pelbagai, ada yang melampau, macam Taliban dan lain-lain.
"Tapi di sebaliknya golongan elit bandar dan liberal ini pula mengatakan baik sebaik kita faham Islam, ini masalah Islamisasi, jadi dia ada ekstrem.
"Jadi dia baca apa yang dikupas oleh Siddiq, menjadi Muslim yang baik dan orang Melayu yang mengakar di bumi Melayu itu juga menjadikan seorang warganegara Malaysia yang berjaya dan kecintaan kemanusiaan yang mendalam," jelasnya lagi.
Selain kefahaman Islam Anwar turut menekankan supaya usaha martabat bahasa Melayu juga seharusnya diangkat oleh semua pihak terutama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
"Banyak kali saya tegur, bahawa tidak ada upaya yang cukup kuat untuk mengangkat martabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Anwar ajak ambil contoh pemikiran Dr Siddiq Fadzil |