SEORANG Cendikiawan Melayu melahirkan rasa kecewa dengan sikap ditunjukkan pemimpin politik bangsanya yang dakwanya tak beretika dan mempunyai moral teruk pada era selepas kemerdekaan negara.
Profesor Emeritus Tan Sri Mohd Kamal Hassan meluahkan rasa itu ketika menjadi tetamu program 'Bersama Johan Jaaffar' yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Rabu malam.
Mengulas lanjut penulis buku 'Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation' itu, segelintir pemimpin hari ini lebih membudayakan nilai kebendaan.
"Saya memang berasa amat-amat kecewa dengan pemimpin politik orang Melayu. Dari kecil saya lihat perkembangan politik.
"Saya dari Kelantan. Di Pasir Mas itu lubuk PAS. Kebetulan ayah saya pemimpin UMNO dan bapa saudara saya pemimpin PAS, duduk serumah. Waktu itu parti panas, saya begitu kecewa.
"Saya kata kalau beginilah saya tidak akan ceburi politik tetapi saya tetap ikut perkembangan.
"Jadi sampai kemerdekaan masih baik, tetapi selepas kemerdekaan, masuk zaman kebendaan, politik Melayu semakin menurun dari segi prestasi moral dan etika.
"Budaya kebendaan dan politik diimport barat menyebabkan kita berpecah, jadi saya kecewa," katanya semasa
Tambahnya lagi, dikotomi atau pemisahan yang memisahkan kerohanian dalam politik negara juga perlu dihapuskan.
Malah menurutnya penerimaan dan pengimportan sistem demokrasi barat melalui sistem Westminster tanpa mengkaji secara mendalam hanya memecahkan budaya Melayu.
"Budaya Melayu berteraskan feudalisme, kesetiaan kepada raja tidak ada nilai adversary. Tidak ada nilai rakyat menentang raja, tiada. Rakyat melawan rakyat tidak ada.
Sikap orang politik perlu berubah |
"Saya tidak mahu sebut sistem politik Islam. Saya tidak sebut pun dalam buku ini. Sistem demokrasi kita boleh terima.
"Saya mahu demokrasi itu dimurnikan, jangan diteruskan unsur-unsur barat," tambah beliau lagi sepeti dilapor Awani.
0 Comments