HAMPIR separuh rakyat Malaysia tidak yakin terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dapatan itu disimpulkan hasil kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).
Felo Penyelidiknya, Prof. Madya Rosmadi Fauzi dipetik laporan Awani berkata, dengan 49 peratus tidak meyakini suruhanjaya itu menjalankan fungsinya sebagai pengurus pilihan raya adalah satu keadaan yang serius.
“Kita tanya sejauh mana mereka yakin, dan daripada dapatan kami 51 peratus percaya ia dijalankan dengan telus.
“Tapi kita ada lagi baki 49 peratus, itu jumlah yang besar.
"Sekiranya dinilai markah gagal atau lulus, ia memang lulus cukup makan dan tidak berada di tahap cemerlang,” katanya pada program Agenda Awani: Suburkan Demokrasi Malaysia.
Tambah Rosmadi lagi, dalam memastikan sistem demokrasi terus hidup untuk menjamin kelangsungan negara ini, paling mustahak adalah sejauh mana rakyat yakin bahawa proses-proses pilihan raya yang berlaku yang dijalankan oleh SPR benar-benar dijalankan secara adil, saksama dan telus.
Defisit kepercayaan mesti ditangani segera |
Selain daripada menambah baik pengurusan dan cara kerja badan-badan kerajaan berkaitan, banyak perkara yang perlu diperhalusi dan diambil tindakan dalam memastikan agar hasrat untuk mereformasi pilihan raya dan demokrasi negara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
0 Comments