Langgar SOP: pemimpin digesa hentikan kesombongan


SELEPAS
beberapa pemimpin kerajaan termasuk seorang menteri sebelum ini dilapor melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP), kali ini perkara sama berulang.

Seorang Ahli Parlimen melahirkan rasa kecewa dengan “kesombongan” beberapa pimpinan tertinggi Umno melanggar yang dilihat tidak mematuhi perintah penjarakan sosial dalam majlis diadakan di Iskandar Puteri, Johor semalam.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii, dalam ciapan di Twitter bertegas “kesombongan pemimpin enggan mematuhi SOP yang mereka sendiri tetapkan”, namun mahu rakyat mematuhinya yang ditunjukan itu dihentikan segera.

Dipetik laporan FMT, beberapa pimpinan tinggi kerajaan yang hadir di majlis di Johor itu, adalah Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri, Ketua Barisan Nasional (BN) Johor Hasni Mohammad, yang juga Menteri Besar sementara, Ahli Parlimen Tanjung Karang Noh Omar, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan Ahli Parlimen Arau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim.

Yii yang berkongsikan petikan video pelanggaran SOP itu turut mengingatkan  Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bahawa dia tidak boleh lagi beranggapan pelanggaran itu hanya dapat diatasi hanya sekadar memberi kompaun semata-mata.

Malah tambahnya Ismail tidak sepatutnya menggunakan alasan sama di mana tidak sedar pelanggaran SOP berlaku di majlis berkenaan kerana kebiasaannya ada pegawai memeriksa kawasan majlis dianjurkan sebelum kedatangannya.

“Sebagai perdana menteri, beliau mempunyai tanggungjawab menunjukkan teladan. Tapi, saya rasa peraturan normal tidak terpakai bagi mereka,” katanya.

Wajar tunjuk teladan baik kepada rakyat
Awal minggu ini, Menteri Kanan Hishammuddin Hussein, ‘ditangkap’ selepas dilihat bercampur bersama hadirin dalam pelancaran briged MIC Johor, di Kota Iskandar. 

BACA:Bagaimana rakyat nak patuh SOP jika penggubal pun langgar

BACA:Adakah Ismail betul-betul yakin Hisham tak lakukan kesalahan jenayah?

Susulan itu, Khairy mengarahkan notis kompaun dikeluarkan kerana melanggar peraturan penjarakan fizikal.

Disebalik desakan supaya Hishamuddin meletak jawatan, Ismail tampil mempertahankan Hishamuddin dengan berkata kesalahan dilakukan itu bukan jenayah.

Post a Comment

0 Comments