KETUA Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Normah Ishak mendedahkan bahawa parti PAS menggunakan Taliban demi meningkatkan imej Islamik parti itu.
Perkara itu didedahkan Normah ketika bercakap dalam webinar bertajuk “Alumni Afghan Generasi Seterusnya? Penilaian daripada SEA”, yang kemudian dilapor media.
Beliau merujuk tindakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi yang mengutus mesej tahniah dan memuji kejayaan Taliban mengambil alih Afghanistan selepas tentera Amerika Syarikat berundur dari negara bergolak itu tahun lalu.
Khalil, yang juga anak kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dalam ciapannya di Twitter pada 18 Ogos lalu, berkata Taliban berjaya mencapai kemenangan tanah air mereka daripada cengkaman penjajahan tidak berperikemanusian.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, ciapan berkenaan dipadamkan.
“Mereka merangka naratif demi memberi kelebihan kepada parti, membentuk pandangan dan persepsi dalam kalangan Muslim di Malaysia, jadi Muslim di Malaysia (berfikir) ‘Taliban adalah okay sekarang. Mereka akan baik-baik sahaja tanpa sokongan bersenjata’.
“Pengiktirafan daripada parti itu terhadap perjuangan Taliban memberi petanda baik kepada pihak yang cenderung kepada keganasan di Malaysia.” kata Normah dipetik.
Sebagai rekod, pendirian PAS berhubung gerakan militan mengambilalih Afghanistan diselar warganet, merujuk kepada nilai ekstrimis Taliban membabitkan diskriminasi terhadap minoriti agama lain dan wanita.
![]() |
Taliban digunakan untuk imej Islamik PAS |
Dalam kenyataan disiarkan lidah rasmi PAS, Harakah, pada 25 Ogos, Hadi turut menggesa Muslim tidak terpengaruh dengan liputan berhubung Taliban oleh media Barat, yang disifatkannya sebagai “media fasik”.
0 Comments