PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dipimpin Mahiaddin Md Yassin disifatkan sedang berada dalam situasi “sangat terdesak” dan memerlukan seseorang untuk mengambil alih kepimpinan daripada Ahli Parlimen Pagoh itu.
Azmi Hassan, penganalisis dari Akademi Nusantara dipetik laporan FMT berkata, prospek Bersatu, malah Perikatan Nasional (PN), kelihatan suram terutama selepas kegagalan percubaan untuk menjalin beberapa bentuk kerjasama dengan parti Pejuang dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Semasa menjadi perdana menteri, Muhyiddin merosakkan reputasinya sendiri. Masalah bermula apabila beliau mengisytiharkan darurat dengan alasan mahu mengawal wabak Covid-19.
“Selepas ditolak oleh Pejuang dan HARAPAN, Bersatu perlu berfikir sedalam-dalamnya tentang kepemimpinan baharu,” katanya dipetik.
Minggu lalu, Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin meminta bantuannya supaya beliau boleh menjadi perdana menteri semula.
Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Presiden Warisan Shafie Apdal juga tampil bersuara menentang sebarang bentuk perkongsian dengan Bersatu.
Dalam laporan itu juga Azmi menegaskan bahawa beliau bingung bahawa Bersatu kini bersedia mendekati semula bekas rakan kongsinya, ia memandangkan wujud permusuhan antara parti itu dengan parti pembangkang susulan Langkah Sheraton pada 2020.
Sementara itu, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, penghinaan pembangkang terhadap Bersatu melangkaui Muhyiddin, malah mereka melihatnya sebagai “satu daripada kohort” yang dianggap bersalah atas kejatuhan HARAPAN daripada kerajaan.
![]() |
Siapa ada wibawa ganti Mahiaddin? |
Manakala Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali sama seperti Hamzah telah “tercalar” kerana menjadi antara dalang Langkah Sheraton.
0 Comments