KERAJAAN Negeri Selangor mengumumkan pewartaan semula kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) seluas 486 hektar .
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu sidang media di Shah Alam semalam berkata, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah diarahkan mewartakan semula kawasan itu dengan kadar segera.
“Keluasan ini melibatkan kawasan Kampung Orang Asli Busut Baru seluas kira-kira 42.05 hektar dan jajaran laluan Paip Air Mentah Loji Rawatan Air Sungai Rasau seluas 8.58 hektar menjadikan keseluruhan kawasan yang akan diwarta semula seluas lebih kurang 486.07 hektar bersamaan 1,201.20 ekar,” jelasnya.
Untuk rekod, HSKLU terlebih dahulu diwartakan awal tahun 1920-an tetapi tahun lalu seluas kira-kira 536.70 hektar daripada keseluruhan kawasan HSKLU diluluskan untuk dinyahwarta.
Dengan keluasan asal seluas 957.63 hektar itu dihuni spesies jarang dijumpai antaranya, kelawar Small Disc Roundleaf Bat atau nama saintifiknya, Hipposideros orbiculus yang kali terakhir dijumpai pada 2007 di Rizab Hidupan Liar Sungkai.
Terdapat juga spesies yang dilindungi sepenuhnya seperti ungka tangan putih dan lotong cengkong selain merupakan habitat semulajadi yang baik kepada spesies burung kawalan biologi seperti burung hantu.
Keputusan nyahwarta itu dikritik banyak pihak kerana ia dilihat menjejaskan habitat bagi spesies terancam bahkan spesies yang jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia itu mengundang banyak bantahan daripada pelbagai pihak.
BACA: Anwar tuntut penjelasan MB S'gor
BACA: S'gor tangguh penyahwartaan HSKLU lepas campur tangan

Beberapa kumpulan termasuk penyokong Anwar Ibrahim, Otai Reformis dan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (COEN) melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan keputusan menyahwartakan kawasan itu.
![]() |
Keputusan nyahwarta sebelum ini dikritik ramai |
Ia turut menarik perhatian Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta Amirudin Shari tampil memberi penjelasan terperinci berhubung aduan bahawa kerajaan negeri Selangor telah melakukan penyahwartaan itu.
Anwar berkata bahawa kepemimpinan parti itu sejak tahun lepas telah meminta Menteri Besar itu membatalkan rancangan penyahwartawaan HSKLU.