Rafizi Umum kembali aktif dalam politik




BEKAS Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden KEADILAN dalam pemilihan parti pada Mei ini sekaligus kembali aktif dalam politik.

Perkara itu didedahkan sendiri Rafizi dalam kenyataan susulan kekalahan mengejutkan parti itu dan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada beberapa siri pilihan raya sebelum ini, dengan yang terbaru di Pilihan Raya Negeri (PRN)Johor.

"Selepas keputusan PRN Johor, saya menyedari bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah ditolak rakyat hingga jatuh menjadi gabungan ketiga selepas Umno/Barisan Nasional dan Perikatan Nasional (PN).

"Pada pandangan saya, dengan perkembangan-perkembangan terbaru, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada di dalam bahaya jika KEADILAN dan HARAPAN terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.

"Atas kesedaran itu, saya telah membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan akan datang," kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Rafizi tidak aktif dalam politik selepas pemilihan kepimpinan parti pada akhir 2018, yang menyaksikan dia tewas tipis kepada Mohamed Azmin Ali dalam perebutan jawatan timbalan presiden.

Rafizi umum bertanding jawatan Timbalan Presiden
Beliau dilihat sebagai tokoh berpengaruh dalam parti dan dianggap sebagai salah seorang penasihat terdekat Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi mula mendapat perhatian selepas mendedahkan beberapa skandal yang dikaitkan dengan kerajaan BN sebelum ini termasuk Kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) membabitkan keluarga seorang pemimpin UMNO.

 

Post a Comment

0 Comments