KETUA Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, P.Prabakaran mencadangkan kerajaan agar memberikan kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma kepada rakyat.
P Prabakaran membuat cadangan itu kepada kerajaan susulan penetapan harga siling kit kesihatan itu yang disifatkan masih mahal bagi sebahagian rakyat yang berdepan kesukaran ekonomi akibat pendemik Covid-19.
susulan pendemik yang tidak berjaya dikawal yang menyebabkan sekatan perjalanan berlanjutan untuk tempoh beberapa bulan ini, kuasa beli orang ramai jelasnya semakin merosot dan mungkin ada yang tidak mampu membeli kit ujian tersebut, terutama jika perlu membeli untuk satu keluarga.
Ahli Parlimen Batu itu menambah, pemberian kit secara percuma itu bukan mustahil dan boleh dilakukan sekiranya menteri dan timbalan menteri yang gaji mereka akan dibayar menggunakan wang rakyat dikurangkan bilangannya.
"Pemeriksaan kesihatan perlu diberi secara percuma terutama segala pemeriksaan berkenaan Covid-19. Buat masa ini, dana negara digunakan untuk menggembirakan ahli politik dan bukannya rakyat.
"Tindakan menetapkan harga siling untuk kit ujian kendiri Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) adalah langkah yang baik. Namun kerajaan harus menyediakan kit saringan ini secara percuma.
"Kerajaan boleh mencantas bilangan menteri dan timbalan menteri serta timbalan menteri kedua untuk menampung kos ujian saringan percuma kepada setiap rakyat," katanya dalam kenyataan.
Dua hari lalu, enteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi mengumumkan kerajaan telah menetapkan harga maksimum bagi kit ujian kendiri Covid-19.
Harga siling yang telah ditetapkan adalah pada RM19.90 untuk jualan runcit.
![]() |
Prabakaran gesa beri kit secara percuma |
kerajaan menurutnya sekurang-kurangnya patut memberikan subsidi bagi memastikan ia mampu dibeli golongan B40 dan M40 dapat membeli kit ujian kendiri yang dianggap penting untuk rakyat hidup dalam suasana “normal baharu” kini.
0 Comments