Sumber dakwa 'geng kartel' dalang cuba jatuhkan MB


PERCUBAAN menggulingkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun didakwa didalangi beberapa ADUN yang dikaitkan dengan bekas pemimpin yang meninggalkan KEADILAN dalam 'Langkah Sheraton" lalu.

Seorang sumber yang dipetik laporan media walau bagaimanapun berkata, usaha mereka untuk menggantikan Menteri Besar itu tidak berjaya kerana tidak mendapat sokongan malah ramai masih mahu Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri itu kekal menerajui negeri itu.

“Beberapa ketua cawangan mengadakan sidang media sendiri. Namun ramai antara kami mahu Aminuddin kekal sebagai menteri besar,” katan sumber itu dipetik laporan FMT.

Media sebelum ini melaporkan beberapa pemimpin akar umbi menyatakan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.

Ketua Penerangan Negeri Yusuf Tapar berkata, perubahan diperlukan untuk memastikan parti itu kekal relevan, dengan mendakwa ketua negeri gagal melaksanakan rancangan untuk menarik pengundi.

Beberapa individu antaranya ADUN Chuah, Yek Diew Ching , empat ketua cawangan dari Rasah, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah; tiga ahli jawatankuasa dari Rembau, Rasah dan Port Dickson; dua timbalan ketua cawangan dari Seremban dan Rembau; serta ketua sayap wanita, Amni Idris dan timbalannya Rusnani Saring mengadakan sidang media semalam.

Sementara itu menurut sumber, tindakan itu bagi menggantikan Aminuddin dengan salah seorang ADUN yang menyatakan rasa tidak percaya mereka kepada Aminuddin.

“Kami sedang melihat kemungkinan tindakan disiplin diambil terhadap mereka yang terlibat dalam rampasan kuasa ini kerana ia bukan keputusan yang dibuat secara sepakat,” tambahnya lagi.

Terdapat 36 ADUN di Negeri Sembilan, dengan Pakatan Harapan mempunyai 20 ahli, iaitu 11 daripada DAP, enam KEADILAN dan tiga Amanah.

Aminuddin dilihat telah laksana tugas dengan baik


Pihak pembangkang mempunyai 16 wakil, iaitu 15 daripada Umno dan seorang MIC.


Pembangkang hanya memerlukan empat ADUN yang beralih arah untuk mencetuskan perubahan dalam kerajaan negeri dan melantik menteri besar baharu.

Dalam tinjuan di media sosial, warganet dilihatkurang senang dengan percubaan mengenepikan Aminuddin kerana ADUN Sikamat itu dianggap telah melaksana tugasnya dengan baik

Post a Comment

0 Comments