BEKAS Presiden UMNO, Najib Razak didakwa menerima AS$756 juta (RM3.18 bilion) dana Syarikat 1MDB yang diselewengkan, kata ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS).
Perkara itu didedahkan Ejen FBI Eric Van Dorn ketika keterangan itu dalam perbicaraan rasuah bekas pegawai bank Goldman, Roger Ng di New York seperti dilapor media.
Selain Najib, FBI turut mendakwa, ahli perniagaan yang kini dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low mencuri AS$1.42 bilion (RM5.97 bilion) dana 1MDB.
Dana tersebut diselewengkan daripada AS$6.5 bilion yang diperoleh dalam pelaksanaan bon yang dilakukan 1MDB dengan Goldman Sachs.
selain Najib dan Jho Low, bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Co Khadem al-Qubaisi turut menerima AS$472.8 juta yang diselewengkan daripada pelaksanaan bon itu. Ng menerima AS$35.1 juta, manakala Tim Leissner menerima AS$73.4 juta, tambah ejen itu.
Van Dorn berkata dia telah menjejaki bagaimana dana bon itu disalurkan kepada sekurang-kurangnya 16 penerima.
Jabatan Kehakiman AS juga sebelum ini menyatakan Najib menerima AS$50 juta dalam dua transaksi pada 2011 dan 2012 yang diseleweng daripada 1MDB.
Najib didakwa terima RM3.18 bilion dana diseleweng |
Menurut penyiasat Najib kemudian memulangkan AS$620 juta dana itu yang didakwa dikembalikan kepada "penderma Arab", tetapi penyiasat berkata wang itu dikembalikan kepada akaun yang dikawal oleh Jho Low.
0 Comments