Najib tetap jadi liabiliti kepada negara



Oleh:HANIPA MAIDIN | Apabila Umno/BN menang dalam PRN Melaka dan yang terkini dalam PRN Johor, ada beberapa pihak dengan agak cepat menyimpulkan bahawa kritikan pembangkang khususnya Tun Mahathir ke atas YB Pekan dianggap tidak relevan lagi.

Meskipun saya hormati pendapat para penganalisa politik yang pandai dan bijaksana tersebut, jujurnya saya juga hampir nak tergelak apabila membaca analisa dan kesimpulan mereka.

Mungkin analisa mereka ada kebenarannya jika kita meneliti sekali lalu kemenangan Umno/BN khususnya di PRN Johor.

Mungkin juga para penganalisa tersebut merasakan bahawa sambutan yang rakyat berikan kepada YB Pekan meskipun telah disabitkan BERSALAH atas tuduhan JENAYAH oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan namanya kini disebut berulang kali di Mahkamah di New York dalam perbicaraaan ex banker Goldman Sachs -Roger Ng-menunjukkan rakyat sudah mula boleh menerima YB Pekan itu.

Mungkin YB Pekan sudah tidak lagi ada rasa “fear of irrelevance!”

Mungkin juga Umno/BN kini makin bertambah yakin bahawa YB Pekan bukan lagi dianggap sebagai “liabiliti” atau beban tetapi sebaliknya sebagai aset!

YB Pekan tetap jadi liabiliti kepada negara Zahid Hamidi menghadiahkan kemenangan besar BN pada PRN Johor kepada ‘bossku’, Najib Razak, dalam ucapan pasca pilihan raya, 12 Mac lalu.

Kita boleh lihat misalnya ada pemimpin Umno yang pernah menjawat jawatan bertaraf Timbalan Menteri sekalipun, boleh tanpa segan silu menzahirkan keyakinan dia kepada YB Pekan. Caya lah !

Ya, jika sebuah parti seperti Umno yang mungkin hampir mustahil untuk kita mengharapkan mereka memandang isu RASUAH dan SALAH GUNA KUASA secara jijik, tidak adil, bagi saya, untuk kita mengharapkan “threshold” yang tinggi daripada mereka dalam isu-isu sebegitu.

Dengan kata lain, standard kayu ukur mereka terhadap isu RASUAH dan SALAH GUNA KUASA sesungguhnya amat amat rendah.

Jika saya boleh buat analogi, mungkin jika kita ibaratkan seperti markah atau gred dalam peperiksaan, bagi Umno jika mereka dapat skor 10 peratus katakan paper Matematik itu sudah dikira bukan sahaja lulus tetapi cemerlang!

Najib disabitkan salah dalam kes SRC international
Nak buat macam mana, their threshold is too low!

Apa pun biarlah Umno/BN berseronok dengan kemenangan mereka di PRN Johor dan biarkanlah juga mereka terus menerus meyakini faktor sumbangan besar YB Pekan dalam PRN tersebut.

Saya sendiri bagaimanapun yakin YB Pekan akan tetap menjadi liabiliti kepada Umno dan negara ini.

Mungkin saya silap tapi itulah keyakinan saya yang insha-Allah tidak akan berubah kot!

MOHAMED HANIPA MAIDIN ialah pengamal undang-undang yang dipilih menjadi Ahli Parlimen Sepang, beliau juga merupakan bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tulisan ini disalin dari siaran Malaysiadateline  dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Kartelmedia.

Post a Comment

0 Comments