Mengapa tak ambik tindakan atas Noraini Ahmad, Soal Nik Nazmi


AHLI PARLIMEN
Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad tidak  gentar dengan notis tuntutan perundangan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) berkaitan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan dakwaan penjualan Tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 18 November 2020.

Tuntutan itu tegasnya tidak akan merencat tugasnya sebagai wakil rakyat yang akan memperjuangkan kawasannya.

"Saya menerima notis tuntutan dari YWP bertarikh 4 Disember 2020. Notis berkenaan berkaitan dengan sidang media yang diadakan di Parlimen pada 18 November 2020, sebagai respons kepada Laporan PAC yang bertajuk "Penjualan Tanah Milik DBKL, Kementerian Wilayah Persekutuan,"  katanya melalui satu kenyataan.

Terdahulu, YWP menghantar notis tuntutan terhadap Nik Nazmi selaku anggota PAC dan empat lagi anggota PAC yang lain berhubung isu penjualan tanah milik DBKL itu.

Selain Nik Nazmin mereka yang dinamakan dalam tindakan undang-undang itu adalah Wong Kah Who (Pengerusi PAC semasa dan Ahli Parlimen Ipoh Timur) dihantar notis tuntutan pada Disember tahun lepas. Sementara, Tan Kok Wai (Cheras), Hannah Yeoh (Segambut) dan Lim Lip Eng (Kepong).

Antara tuduhannya yang didakwa dibuat anggota PAC itu adalah Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur secara automatik dilantik menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan terlibat dalam penjualan tanah DBKL, keduanya penglibatan YWP dalam penjualan 97 tanah DBKL termasuk Taman Rimba Kiara.

Tuduhan ketiga adalah YWP sebagai sebuah syarikat yang didaftar di bawah Akta Syarikat tidak dipantau oleh sebarang pihak berkuasa.

Namun, YWP menafikan segala pertuduhan itu sekeras-kerasnya.

Sementara itu, Nik Nazmi mempersoalkan mengapa YWP tidak mengambil tindakan perundangan serupa kepada anggota PAC yang lain termasuk bekas Pengerusi PAC ketika prosiding berkaitan laporan itu dijalankan.

"Laporan PAC berdasarkan prosiding yang diadakan pada tahun 2019, ketika Noraini Ahmad (Parit Sulong) menjadi Pengerusi PAC. Beliau sekarang adalah Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Wanita Umno.

 Mengapa kecualikan Noraini, soal Nik Nazmi
"Mengapakah YWP tidak mengambil sebarang tindakan terhadap anggota PAC yang lain termasuk Noraini Ahmad?

"Adakah kerana dia (kini) merupakan rakan menteri dan pimpinan Umno seperti Menteri Wilayah Persekutuan dan Pengerusi YWP Annuar Musa," soal Nik Nazmi dalam kenyataan itu.
 

Post a Comment

0 Comments