AHLI PARLIMEN Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini dilapor hadir dalam sidang media Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz disahkan positif Covid-19
Tajuddin menjalani ujian saringan pada 19 Jan, Hal itu dinyatakan pengelola media sosial Pengarah Pilihanraya Umno itu pagi ini.
Sehubungan itu, kontak rapat dengan Tajuddin dinasihat agar mengambil ujian saringan.
"Kepada mereka yang mempunyai kontak rapat dengan beliau (Tajuddin), eloklah melakukan ujian saringan Covid-19," kata laman sosial itu.
Untuk rekod Tajuddin duduk di sebelah Nazri semasa bekas menteri di JPM itu mengadakan sidang media bagi mengumumkan keputusannya menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Ahmad Said dan isterinya Norliza Mahmud juga disahkan positif Covid-19.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu yang dipetik laporan berkata, beliau melakukan ujian calitan tiga hari lepas, selepas berasa tidak sihat dan mengetahui keputusannya hari ini.
“Saya membuat ujian calitan kerana berasa tidak sihat baru-baru ini. Rasa ‘dok rok’ (letih) sangat ketika sedang berkebun, sedangkan itu rutin saya," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal itu.
“Saya dan isteri sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan berada dalam keadaan yang stabil,” katanya sambil berharap, mana-mana individu yang ada berhubung dengannya baru-baru ini, supaya segera membuat pemeriksaan kesihatan.
![]() |
Kedua mereka disahkan positif hari ini |
Turut disahkan positif ialah Naib Presiden PAS Idris Ahmad.
0 Comments