Tiada perbincangan kerjasama HARAPAN - PN di Johor, tegas Saifuddin


SETIAUSAHA Agung gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Saifuddin Nasution menyangkal dakwaan ada cadangan untuk HARAPAN bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi menghadapi Barisan Nasional (BN).

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata begitu sebagai menolak dakwaan Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali yang mendakwa perkara itu.

"Saya mengikuti kenyataan Khairuddin yang mendakwa wujud rundingan kerusi di antara HARAPAN dan PN bagi menghadapi PRN Johor.

"Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Faktanya adalah HARAPAN termasuk Muda bertanding di semua 56 kerusi di Johor, dan bertembung dengan PN di semua kerusi tersebut," katanya.

Dia berkata demikian ketika mengulas dakwaan Khairuddin yang hari ini mengumumkan keluar daripada PAS dan mengisytiharkan diri nya sebagai ahli parlimen Bebas.

Saifuddin sangkal kenyataan Khairuddin
Dalam sidang medianya, Khairuddin mendakwa terdapat cadangan agar HARAPAN dan PN, yang dianggotai oleh PAS mengadakan rundingan kerusi di PRN Johor.
 
Sabtu lalu, BN memenangi PRN Johor dengan memenangi 40 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) itu.

Sementara HARAPAN pula menang 13 termasuk satu kerusi oleh Muda manakala PN hanya berjaya menguasai tiga kerusi, iaitu Bersatu mendapat dua dan PAS satu kerusi sahaja.

Post a Comment

0 Comments