Anwar paling layak ganti Tun M - Penganalisis



SEORANG Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu paling layak menjadi penganti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Merujuk kepada konteks politik semasa, Dr Awang turut berkata beliau melihat tiada pesaing atau nama lain lebih sesuai menggantikan Anwar untuk jawatan itu.

Mengulas lanjut, Dr Awang turut menegaskan bahawa proses peralihan kuasa yang dipersetujui majlis Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) juga akan berjalan dengan lancar.

Anwar individu paling layan, kata Dr Awang
Ia tegasnya perlu bagi menjamin situasi politik dalam negara terus stabil.

"Jika terdapat pertangguhan peralihan kuasa, sudah pasti komponen HARAPAN akan bergolak dan krisis politik akan berlaku.

"KEADILAN dan DAP pasti tidak bersetuju kerana melanggar persetujuan majlis PH. Rakyat juga pasti bangkit dan marah," katanya dipetik Sinar Harian.

Tambahnya, Dr Mahathir juga tidak ada pilihan selain menunaikan janjinya untuk menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Anwar.

"Dijangka juga populariti Tun M akan turun bawah 30 peratus jika peralihan kuasa gagal dilaksanakan," katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau menjangkakan proses pengambilalihan jawatan Perdana Menteri daripada penyandangnya, Tun Dr Mahathir Mohamad akan direalisasikan tahun depan.

Anwar mendakwa Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) akan meletak jawatan pada waktu bersesuaian.

Post a Comment

0 Comments