Balu Mejar Zahir tak halang anak ikut jejak arwah suami


BALU
Mejar Mohd Zahir Armaya mahu spekulasi tidak benar berhubung kematian suaminya dihentikan.

Nour Shafinar Harun, 31, berkata, keluarganya telah reda dengan pemergian Mejar Zahir dalam insiden di Kem Lok Kawi, Sabah, awal bulan ini.

“Saya reda dengan pemergian arwah. Saya juga tidak mahu individu luar mengaitkan apa-apa pasal arwah (berhubung kematiannya), sebab kita dalam badan ketenteraan ni, saya pun faham macam mana situasi begini boleh berlaku.

“Orang yang telah tiada, tetap tiada...untuk kebajikan saya selepas ini, memang pihak kerajaan akan mengambil alih dan akan dijaga oleh pihak tentera sendiri,” katanya kepada pemberita.

Shafinar terharu dengan sokongan diberi kerajaan
Terdahulu, Shafinar menerima kunjungan dari Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Kem Wardieburn siang tadi.

Beliau sementara itu turut merakamkan penghargaan dan rasa terharu diatas kesudian Wan Azizah meluangkan masa melawatnya dan anak-anak.

Mengulas lanjut, Shafinar berkata anak-anaknya kini sudah menunjukkan perkembangan positif dan dapat menerima kehilangan ayah mereka. unjukkan perkembangan positif dan memahami bahawa ayah mereka telah tiada.

“Anak-anak semua faham dan mereka reda. Sebagai ibu saya beritahu mereka bahawa ‘daddy’ dah tiada dan mengajar mereka untuk sentiasa mendoakan arwah.

“Saya turut memberitahu bahawa ‘daddy’ mereka pergi disebabkan kemalangan dalam latihan, jadi saya ajar anak-anak untuk terima dan reda dengan keadaan itu,” katanya.

Shafinar ketika menerima kunjungan Dr Wan Azizah
Sementara itu tambahnya, walaupun kehilangan suami dalam insiden yang tak tersangka baru-baru ini, namun ia tidak akan menjadi menghalang sekiranya anak-anaknya mahu mengikut jejak langkah bapa mereka.
“Saya galakkan anak untuk teruskan perjuangan kami sebab saya pun bekas penembak tepat (tentera) juga. Anak yang sulung sudah menunjukkan sedikit minat dan anak yang kecil (bayi) pun agresif lebih sikit,” ujarnya.

Shafinar kini difahamkan dalam proses menguruskan perpindahan mereka sekeluarga ke Perak bagi menyempurnakan hasrat terakhir yang pernah disuarakan arwah Mejar Zahir selag beberapa hari sebelum kejadian yang membunuhnya.

Post a Comment

0 Comments