Bekas Presiden Tunisa, Ben Ali tutup usia


BEKAS
Presiden Tunisia, Zine El-Abidine Ben Ali, yang hidup dalam buangan dilapor meninggal dunia di Arab Saudi.

Berita itu disahkan Kementerian Luar Tunisia, tanpa memberikan butiran lanjut.

Berita kematian Ben Ali turut disahkan peguam pemimpin berusia 83 tahun itu, Mounir Ben Salha yang merujuk kenyataan anggota keluarga dan doktor Ben Ali.

Arab Spring bermula di Tunisia | Foto- Google
Ben Ali meninggalkan Tunisia pada 14 Januari 2010 dan hidup dalam buangan di Arab Saudi selepas berlakunya kebangkitan Arab Spring.

Memerintah negara Afrikan Utara itu sejak 1987 hingga 2011, Ben Ali dilihat sebahagian pihak sebagai benteng menentang ekstremisme, tetapi berhadapan kritikan kerana menyekat pembangkang dan keengganannya mengamalkan demokrasi.
 
Pada lewat 2010, seorang pemuda meninggal dunia selepas membakar diri sebagai menyatakan tentangan kepada Ben Ali susulan isu pengangguran dan harga tinggi mencetuskan kekecewaan rakyat di negara itu.

Gelombang Arab Spring itu turut mencetuskan kebangkitan serupa di seluruh rantau berkenaan, yang membawa kepada kejatuhan presiden Mesir, Hosni Mubarak dan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Pada pertengahan 2012, Ben Ali dijatuhkan hukuman tanpa hadir penjara seumur hidup kerana kematian penunjuk perasaan ketika kebangkitan menentangnya.

Difahamkan, Ben Ali meninggalkan enam anak, tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama dan dua anak perempuan dan seorang lelaki hasil perkongsian hidup dengan Leila Trabelsi

Post a Comment

0 Comments