Khairuddin umum jadi bebas, PAS hilang 1 kerusi di parlimen


AHLI PARLIMEN Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali mengisytiharkan keluar dari PAS untuk menjadi wakil rakyat bebas serta merta.

Pada sidang media hari ini, Khairuddin yang merupakan bekas ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu berkata, dia telah menyerahkan surat pemberhentian keahliannya kepada Setiausaha Agung parti, Takiyuddin Hassa selari Fasal 15(1)(a) Perlembagaan PAS iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri.

Khairuddin enggan menyatakan sebab beliau keluar PAS setelah menganggotai parti itu selama 33 tahun, namun dipercayai berkaitan beberapa isu membabitkan kedudukannya dalam parti  terutama pengugurannya sebagai ahli Jawatankuasa Pusat parti itu awal tahun ini dan setiausaha Majlis Syura tidak lama kemudian.

Sebelum ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memaklumkan jawatan Mohd Khairuddin dalam Majlis Syura terbatal selepas Jawatankuasa Pusat Parti (JPP) itu membatalkan pelantikannya sebagai anggota Majlis Ulama Syura, namun menafikan tindakan ke atas Khairuddin itu berkaitan desakannya mahu PAS bersekutu dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN), sesuatu yang ditolak oleh Hadi beberapa kali.

“Sukar untuk dijawab (soalan itu),” beliau memberitahu pemberita pada sidang media di Bangunan Parlimen.

Tak jelaskan sebab tinggalkan PAS


Semalam, Khairuddin mengingatkan pimpinan PAS untuk mendengar pandangan akar umbi parti susulan kekalahan teruknya di pilihan raya negeri (PRN) Johor Sabtu lalu.


Parti itu hanya memenangi satu daripada 15 kerusi yang ditandingi. Sebelum ini kesemua lapan calon PAS kalah di PRN Melaka.

Dua kekalahan besar itu menyusul setelah PAS memutuskan bersama Bersatu dalam PN dan menolak kerjasama dengan Umno-Barisan Nasional yang mencatat kemenangan selesa di Melaka dan Johor.

Post a Comment

0 Comments