SEORANG bekas menteri menggesa Radzi Jidin meletakkan jawatan sebagai menteri pendidikan.
Zaid Ibrahim dipetik laporan FMT membuat gesaan itu memandangkan situasi pendidikan dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini dianggap “menyedihkan”.
Zaid turut menyifatkan keputusan melantik Radzi ke jawatan itu hanya sia-sia dan tidak mendatangkan apa-apa kebaikan untuk sistem pendidikan negara.
“Saya rasa beliau tidak berguna langsung. Beliau sepatutnya meletakkan jawatan dan biarkan orang lain pula buat kerja itu,” katanya sambil menegaskan tiada keputusan dan hala tuju jelas dibuat berkenaan pendidikan sepanjang dua tahun Radzi menjaga portfolio itu.
Dipetik laporan sama, Zaid mendakwa kelemahan Kementerian Pendidikan (KPM) dapat dipertikai setelah sehingga kini tiada cadangan diutarakan bagi menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah dimansuhkan, malah tiada cara untuk menilai prestasi murid Tahun Enam.
Kelemahan itu juga jelasnya telah membuatkan golongan pendidik sendiri tertanya-tanya bagaimana cara hendak tetapkan tanda aras bagi golongan pelajar.
Selain itu kata Zaid, pengumuman pembukaan semula sekolah secara berperingkat bermula 1 Sept dilihat sebagai tindakan “melepaskan batuk di tangga”, tidak disertakan dengan pelan yang tepat.
“Keutamaan diberikan kepada mereka menduduki peperiksaan tetapi peringkat pembelajaran lain juga sama penting. Mengapa tidak dibuka untuk semua pelajar?” katanya.
Dengan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) perlu diteruskan selama dua bulan lagi, Zaid membangkitkan persoalan bagaimana segelintir murid yang masih tiada akses kepada kelas dalam talian mahu meneruskan sesi pembelajaran mereka.
BACA: Maszlee gesa Radzi Jidin dan 2 timbalan letak jawatan
BACA: Adham Baba digesa letak jawatan
BACA: PUTRA desak Mahiaddin letak jawatan
Ia jelasnya disebabkan masih ramai pelajar belum mendapat komputer riba dijanjikan bawah inisiatif Cerdik yang dijangka hanya akan diagihkan pada September.
“Mengapa perlu tunggu sampai September jika sekolah akan dibuka berperingkat menjelang waktu itu? Pelajar perlu komputer riba untuk PdPR sekarang,” katanya.
Justeru kata Zaid, satu cara supaya semua pelajar dapat menyambung pembelajaran mereka di sekola adalah dengan memberi vaksin kepada 500,000 guru di seluruh negara secepat mungkin bagi menjamin pembelajaran di bilik darjah “kembali normal”.
![]() |
Zaid gesa Radzi Jidin letak jawatan |
“Kita sudah menunggu pengumuman mengenai dasar itu terlalu lama. Beliau (Radzi) sepatutnya tidak ‘teraba-raba’ dan maklumkan kepada kita semua apakah pelannya,” katanya dipetik.
0 Comments