PUTRA desak Mahiaddin letak jawatan

 


PRESIDEN parti Bersatu, Mahiaddin Md Yasin digesa berundur secara terhormat seperti dilakukan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Gesaan itu disuarakan Presiden
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Ibrahim Ali dalam satu kenyataan sambil menegaskan bahawa Ahli Parlimen Pagoh itu pada padangannya telah kehilangan majoriti.

Mahiaddin tegasnya tidak layak lagi menjadi perdana menteri selepas Umno menarik sokongan terhadapnya.

"Tiada pilihan selain dari meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Perlu tunggu apa lagi, nama pun sudah masuk dalam sejarah sebagai PM ke-8. Oklah tu.

"Jika Muhyiddin berjiwa besar dan bersifat negarawan, maka berundur secara terhormat bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong, (selaku) payung negara mengambil tindakan selanjutnya untuk menamatkan krisis politik, krisis perlembagaan, krisis nilai rakyat.

"Muhyiddin patut mengambil iktibar saperti Tun Abdullah Badawi yang meletakan jawatan secara terhormat apabila didesak sewaktu menjadi PM ke 5 kerana kekalahan teruk BN pada PRU 2008," katanya.

Pada 8 Jun lalu, Umno memutuskan untuk menarik balik sokongan mereka kepada Mahiaddin selaku perdana menteri serta merta.

Presiden parti itu,  Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi Umno berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Dalam kenyataan media yang disiar secara dalam talian, Zahid mendesak agar Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baru dilantik untuk satu tempoh yang terhad.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata tiada alasan untuk Muhyiddin menafikan kehilangan majoriti kerana pelantikannya sebagai perdana menteri sebelum ini juga turut mengambil kira sokongan blok parti.

"Sebelum ini dunia tahu sokongan kepada Muhyiddin sebagai PM berjumlah 113 sahaja dari jumlah 220 ( 2 orang meninggal dunia).

 Mahiaddin digesa letak jawatan
"Maka mengambil kira atas penarikan sokongan Parti Umno dan perisytiharan sebahagian ahli Parlimen Umno secara terbuka, maka jelaslah Muhyiddin telah hilang sokongan majoriti di Parlimen.

"Nampak jelas dan tidak perlu pakai cermin mata untuk tengok dengan jelas," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments