PIHAK universiti digesa memandang serius isu kesihatan mental membabitkan golongan itu yang kini menjalani kelas dalam talian.
Gesaan itu disuarakan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) susulan kematian dua mahasiswa universiti tempatan yang dipercayai berpunca dari tekanan akibat lambakan tugas, ujian dan peperiksaan yang terlalu berat.
"Pembelajaran atas talian yang telah dijalankan selama hampir dua tahun ini memberikan impak yang sangat membimbangkan terhadap kesihatan mental mahasiswa.
"Kesatuan berpandangan bahawa pihak pihak yang berkaitan perlu untuk tidak menidakkan suara mahasiswa yang mengutarakan isu ini. Mahasiswa berhak untuk menyuarakan isu yang kini melibatkan nyawa mereka sendiri," kata KMUM dalam satu kenyataan.
Tambah mereka lagi, walaupun universiti mempunyai autonomi dalam membuat keputusan, namunpihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai pihak yang lebih berautoriti seharusnya campur tangan dalam isu itu.
"Mendiamkan isu ini bermakna nyawa mahasiswa tidak dipedulikan," tegas mereka lagi.
Terdahulu, media melaporkan seorang mahasiswa jurusan pentadbiran perniagaan dari sebuah universiti awam meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah pada petang Jumaat yang lalu.
Mahasiswa berusia 22 tahun itu dilaporkan mengadu sakit kepala yang teruk dan muntah sebelum pengsan di sebuah rumah yang dihuni bersama seorang rakannya.
Seorang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam dari kampus UiTM Jengka pula meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu, pada Sabtu lalu setelah dilapor mengalami kecederaan di bahagian belakang dan atas kepalanya hingga berlaku pendarahan dalaman.
Professor Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin berkata tekanan mental dan emosi dalam kalangan mahasiswa adalah nyata dan benar dan ia bukan sesuatu yang sengaja diada-adakan oleh mereka.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa) itu dipetik laporan sebuah portal berkata, seorang mahasiswa dikehendaki menyiapkan pelbagai tugasan akademik yang diminta oleh setiap pensyarah bagi setiap kursus atau modul yang diambil mereka.
Sementara itu, Gerakan Mahasiswa Demokratik (GMD) dan Parti Ikatan Demokratik (Muda) juga menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi serta institusi pengajian tinggi mengambil langkah meningkatkan kesihatan mental di kalangan pelajar.
Mereka mencadangkan bebanan kerja mahasiswa diminimumkan serta tiada tugasan atau ujian diberikan di saat akhir dan tarikh akhir penghantaran tugasan dilanjutkan supaya pelajar mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkannya tanpa tekanan berlebihan.
Selain itu mereka mencadangkan masa rehat selama seminggu diberikan selepas setiap empat minggu.

![]() |
Isu dihadapi mahasiswa perlu dipandang serius |
Subjek yang tidak penting juga perlu dihapuskan agar pelajar dapat fokus kepada subjek penting yang memberi impak kepada kebolehpasaran pelajar setelah bergraduasi.
"Mengambil kira situasi pandemik yang semakin kritikal melanda negara kita, pelajar tidak seharusnya diharapkan untuk meneruskan pembelajaran seperti tiada apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka," katanya.

0 Comments