SEORANG ahli akademik dan pemerhati politik terkenal mengiyakan kenyataan beberapa orang menteri Perikatan nasional (PN) yang berkata bahawa Malaysia tidak berdepan isu negara gagal.
Prof Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebaliknya berkata, hakikatnya yang gagal sekarang ialah kerajaan, bukannya negara.
"Saya bersetuju dengan kenyataan bahawa negara tidak gagal, tetapi kerajaan gagal. (Ia) gagal mengurus Covid-19 dan gagal mengurus kesejahteraan hidup rakyat," katanya dipetik laporan media.
Menjelaskan perkara itu di media sosial Agus berkata sememangnya tidak ada rakyat mendakwa negara telah gagal, sebaliknya kegagalan dimaksudkan rakyat itu jelasnya ialah kepada cara kerajaan PN mentadbir.
"Rakyat cuma kata kerajaan gagal. Antara negara gagal dan kerajaan gagal itu berbeza," katanya lagi.
Kerajaan PN dipimpin Mahiaddin Md Yasin kini dianggap sebagai gagal, ia susulan peningkatan kes Covid-19 walaupun perintah darurat dan kawalan pergerakan dikuatkuasakan.
Selain berdepan kritikan kerana langkah diambil gagal melandaikan keluk jangkitan wabak tersebut, PN turut didakwa lembab menjalankan proses vaksinasi Covid-19.
Mereka sebelum in turut menerima kecaman dari rakyat setelah enggan membuka semula Parlimen sehingga Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya Parlimen perlu dibuka segera.
Dikalangan rakyat pula keputusan melanjutkan sekatan telah memuncakkan lagi kemarahan ramai, ada sebahagian rakyat telah kehilangan sumber pendapatan dan berdepan tekanan, media melaporkan peningkatan kes bunuh diri.
Warganet juga menggunakan #kerajaangagal di media sosial bagi mengkritik kerajaan Mahiaddin.
Manakala kegagalan mengawal penularan wabak itu kini menyaksikan hospital-hospital kerajaan berada dalam keadaan yang sesak dengan petugas kesihatan pula semakin ramai dilaporkan melecuh (burnout).
Sementara itu, Agus berkata politik pada tahun ini berlangsung secara kacau apabila kerajaan mengisytiharkan darurat untuk mengawal Covid, tetapi ternyata ia tidak berkesan.
Akibat darurat itu katanya Parlimen tidak berfungsi dan demokrasi digantung menyebabkan mekanisme semak dan imbang tidak berjalan seperti sepatutnya.
Untuk membantu sesama sendiri, katanya, muncul pula inisiatif bendera putih namun usaha sebegitu pula tidak disukai sesetengah pemimpin.
"Matikah jiwa pemimpin sehingga memperlekehkan usaha rakyat?" katanya.

![]() |
Rakyat cuma kata kerajaan gagal - Agus |

0 Comments