Ariff ingatkan Azhar supaya jadi Speaker Dewan yang adil

 



YANG DI-PERTUA Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun diingatkan supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab disandangnya dengan “adil”.

Ingatan itu dibuat pendahulu sebelumnya, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerusi forum dalam talian bertajuk “Whither Democracy and Constitutional Monarchy in Malaysia today?” anjuran OHMSI Perdana Forum.
 
“Sebagai speaker Dewan Rakyat, anda perlu adil. Anda tidak boleh memihak kepada eksekutif.

“Speaker ialah speaker untuk seluruh Dewan, tolonglah. Seseorang perlu memberitahunya.

“Beliau perlu saksama. Anda tidak boleh melindungi mana-mana menteri. Anda tidak boleh memberi jawapan kepada menteri” katanya dipetik.

Pada Jun lalu, Ahli Parlimen Gua Musang yang juga veteran politik, Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah mengkritik Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun sebagai gagal dan punca menyebabkan institusi Parlimen tidak lagi dihormati rakyat.

Melalui satu surat dihantar kepada Azhar dan kemudian didedah kepada umno, Tengku Razaleigh turut menggesa supaya Azhar menjalankan tanggungjawabnya seperti apa dilafazkannya ketika dia mengangkat sumpah jawatan.
 
Sementara dalam isu pembukaan semula Parlimen pula, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengkritik Azhar dengan bertanyakan apakah dia pegawai kelas tiga.

Ia susulan tindakan Azhar berdiam diri dari memberikan pandangan sama ada sidang tersebut wajar diadakan atau tidak ketika itu.

“Speaker patut buat kenyataan yang jelas kalau beliau bertindak sebagai seorang speaker dengan wibawa dan bebas. Jangan berselindung jika ada arahan kerajaan.

“Apakah kamu ini pegawai kerajaan kelas tiga?

“Kamu ini speaker Dewan Rakyat. Patutnya kata: 'Ini pendapat saya, harus adakan sidang untuk bahaskan isu-isu’,” katanya sambil menegaskan Azhar tidak patut berselindung dengan alasan “menunggu arahan kerajaan” kata Anwar pada awal Jun lalu.

BACA:
Ku Li dakwa Dewan Rakyat 'hilang maruah' kerana Azhar Harun

BACA: Kamu pegawai k'jaan kelas tiga ke? Anwar soal Azhar Harun

Sementara itu, Mohamad Aridd ketika ditanya apa yang tidak kena dengan Parlimen, berhubung kelakuan buruk sesetengah Ahli Parlimen, Ariff berkata, semua orang perlu tanya diri soalan itu.

Speaker tidak boleh memihak parti politik
“Kita perlu tanya apa yang tidak kena dengan kita? Apa yang tidak kena dengan saya? Kita mempunyai sekumpulan ‘jokers’ yang mencetuskan masalah di Dewan.

“Kita letak ‘jokers’ itu di sana, melalui perancangan politik.

“Tetapi, ramai daripada kita yang ikut membuta tuli, menurut secara membuta tuli dasar parti, tidak kira apa yang berlaku. Di sinilah keadaan perlu berubah.” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments