DATUK Seri Anwar Ibrahim menggesa Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menyatakan pendirian dengan jelas mengenai pendiriannya berhubung sesi sidang parlimen yang ditangguhkan kini.
Bercakap kepada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Kompleks Belia dan Sukan Port Dickson, Negeri Sembilan semalam, Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata, Azhar wajar memberikan pandangan sama ada sidang tersebut wajar diadakan atau tidak.
Azhar tegasnya tidak patut berselindung jika sebenarnya terdapat arahan daripada kerajaan berhubung penangguhan itu.
“Speaker patut buat kenyataan yang jelas kalau beliau bertindak sebagai seorang speaker dengan wibawa dan bebas. Jangan berselindung jika ada arahan kerajaan.
“Apakah kamu ini pegawai kerajaan kelas tiga?
“Kamu ini speaker Dewan Rakyat. Patutnya kata: 'Ini pendapat saya, harus adakan sidang untuk bahaskan isu-isu’,” katanya sambil menegaskan Azhar tidak patut berselindung dengan alasan “menunggu arahan kerajaan”
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson membuat gesaan itu ketika mengulas kenyataan Azhar bahawa sidang parlimen adalah urusan pihak kerajaan dan pihaknya bersedia sekiranya kerajaan mahu ia diadakan.
Azhar berkata keputusan untuk mengadakan sidang itu bukan terletak pada kuasa speaker.
Sebagai rekod, Ahli Parlimen menggesa supaya sesi Parlimen diadakan bagi membincangkan isu berkaitan COvid-19 yang semakin memburuk.
Sidang itu tegas mereka wajar diadakan memandangkan kesemua Ahli Parlimen sudah divaksin, malah ia boleh diadakan secara dalam talian.
![]() |
Azhar patut buat kenyataan yang jelas |
Azalina turut menggariskan tujuh tatacara yang boleh dilaksanakan oleh Parlimen untuk menjalan persidangan semasa darurat.
Ia termasuk memalui persidangan secara maya.
0 Comments