Lim Kok Wing meninggal dunia


TOKOH pendidikan dan usahawan Malaysia, Tan Sri Lim Kok Wing dilapor meninggal dunia pagi ini pada usia 75 tahun.

Ia selepas mendiang dimasukkan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya minggu lalu.

Berita kematiannya disahkan seorang pembantu yang enggan memberikan maklumat lanjut berhubung kematian mendiang.

Mendiang terkenal sebagai pengasas Universiti Lim Kok Wing yang ditubuhkan sebagai kolej pada 1991 yang kemudian pada 2002, institusi berkenaan menjadi kolej swasta pertama diiktiraf sebagai kolej universiti, dan kemudian ditukar nama menjadi Limkokwing University of Creative Technology (LUCT).
 
Lim memulakan kerjayanya sebagai kartunis, menghasilkan strip komik terbitan tempatan pertama di Malaysia dan Singapura, ABU, yang ketika itu diterbitkan dalam surat khabar Eastern Sun.

Beliau kemudian beralih ke bidang periklanan, di mana beliau menubuhkan agensinya sendiri, Wings Creative Consultants.

Mendiang berusia 75 tahun
Dalam tempoh kurang tiga tahun, agensi ditubuhkan itu mencipta nama sebagai antara agensi utama di negara ini, dan pada 1988, bekerjasama dengan BBDO, salah sebuah agensi kreatif multinasional terbesar di dunia.
 
Sementara itu, Universiti ditubuhkannya itu selain mempunyai kampus utama di Cyberjaya, LUCT turut mempunyai cawangan di Sarawak, Kemboja, Botswana, Sierra Leone and United Kingdom.

Post a Comment

0 Comments