BEKAS Menteri pertanian, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengakui sektor pertanian negara wajar dirombak semula.
Ketika mengulas isu benih padi yang dihadapi golongan pesawah baru-baru ini, Salahuddin menegaskan bahawa rombakan itu perlu bagi memastikan mutu perkhidmatan dan produk dapat di maksimumkan.
Antara rombakan yang perlu katanya ialah pesawah harus diberi hak membeli biji benih padi dan baja pilihan mereka untuk menggelakkan kekurangan benih padi dan eksploitasi harga.
"Saya mengakui isu ini berlanjutan sejak beberapa musim. Ia tidak pernah diselesaikan.
"Jadi, saya berpendapat isu ini perlu dilihat semula keseluruhan rantaian nilai dan satu pendekatan holistik," katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Ahli Parlimen Pulai itu sebelumnya mengulas masalah kelewatan dan kenaikan harga benih padi yang dihadapi pesawah-pesawah daripada Kedah dan Perlis seperti disuarakan Pertubuhan Persaudaaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) baru-baru ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kangar Amin Ahmad dari KEADILAN menggesa isu tersebut diselesaikan segera. Rancangan gagal apabila HARAPAN tumbang
Amin mendakwa bekalan benih dikawal 'kartel' sehingga menyebabkan eksploitasi harga dan mutu benih yang rendah dan kerajaan wajar memperbanyakkan pesaing dalam industri pembekalan benih padi.
Sementara itu, Salahuddin membenarkan dakwaan Amin bahawa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini ada perancangan untuk melakukan penstukturan semula proses pembelian biji benih padi tidak sempat dibuat susulan pertukaran kerajaan sebelum habis penggal.
BACA: K'jaan digesa bertindak segera selesai isu pesawah
"Ketika saya menjadi menteri, saya menstruktur semula proses pembelian biji benih padi, tapi tidak sempat dilaksanakan selepas kerajaan HARAPAN tumbang," katanya.
Sehubungan itu, Salahuddin meminta Menteri Pertanian Dr Ronald Kiandee segera mengambil tindakan sewajarnya.
"Saya harap menteri hari ini mungkin ada pendekatan yang lebih baik.
"Saya harap beliau boleh menstruktur semula pembelian biji benih sementara meninjau semula keseluruhan rantaian nilaian," katanya.
0 Comments