PUTRAJAYA diminta mengambil langkah awal memperbanyakkan pembekal benih padi baru bagi masalah kelewatan biji benih padi dihadapi pesawah.
Ahli Parlimen Kangar Amin Ahmad yang dipetik laporan Malaysiakini berkata, buat masa ini pembekalan benih padi kepada pesawah dikawal oleh pemain-pemain tertentu sahaja dan dibimbangi akan menyebabkan eksploitasi harga.
"Isu kelewatan benih padi dan membekalkan benih kualiti rendah bukan masalah baru. Industri ini dikawal oleh kartel. Bukan kartel politik tapi kartel benih padi.
"Mereka mengawal pembekalan benih padi mengakibatkan pesawah menghadapi situasi kelewatan menerima biji benih. Selain, kadangkala biji benih dibekalkan juga tidak berkualiti.
"Maka, saya menggesa kerajaan pusat untuk memperbanyakkan pesaing dalam industri pembekalan benih padi ini," katanya dipetik laporan itu.
Ahli Parlimen KEADILAN itu sebelumnya mengulas isu dihadapi pesawah di Perlis dan Kedah susulan memorandum Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan berhubung isu tersebut.
Exco NGO terbabit, Abdul Rashid Yob, 41, pada 2 Oktober lalu berkata, jadual menanam padi telah bermula di Perlis dan Kedah sejak 9 September lalu untuk petani di kawasan fasa 1 namun majoriti tidak dapat memulakan tanaman kerana bekalan benih masih tiada di pasaran.
Tambahnya, petani juga mengalami masalah kenaikan harga benih yang melampau di sebahagian tempat.
Sementara itu, Amin berkata, isu tersebut pernah dibangkitkan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) di Parlimen.
Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada bekas menteri pertanian Salahuddin Ayub untuk mengatasi masalah ini.
"Namun, ia tidak dapat dilaksanakan selepas pertukaran kerajaan," katanya.
Ahli Parlimen Kangar Amin Ahmad yang dipetik laporan Malaysiakini berkata, buat masa ini pembekalan benih padi kepada pesawah dikawal oleh pemain-pemain tertentu sahaja dan dibimbangi akan menyebabkan eksploitasi harga.
"Isu kelewatan benih padi dan membekalkan benih kualiti rendah bukan masalah baru. Industri ini dikawal oleh kartel. Bukan kartel politik tapi kartel benih padi.
"Mereka mengawal pembekalan benih padi mengakibatkan pesawah menghadapi situasi kelewatan menerima biji benih. Selain, kadangkala biji benih dibekalkan juga tidak berkualiti.
"Maka, saya menggesa kerajaan pusat untuk memperbanyakkan pesaing dalam industri pembekalan benih padi ini," katanya dipetik laporan itu.
K'jaan digesa segera bertindak |

0 Comments