KETUA Menteri Sarawak, Abang Johari Openg digesa menangguhkan hasrat mengadakan pilihan raya negeri (PRN) ekoran penularan kes Covid-19 yang semakin meningkat.
Ketua Wanita KEADILAN negeri, Zulhaidah Suboh melalui satu kenyataan menasihatkan pemimpin kerajaan Sarawak itu agar memberi perhatian untuk menyelesaikan wabak tersebut terlebih dulu.
"Merujuk kepada kenyataan terbarunya yang menggambarkan bahawa pemilihan negeri akan diadakan pada bila-bila masa, kami dari Wanita KEADILAN Sarawak meminta agar beliau menangguhkan rancangannya untuk mengadakan pemilihan tidak lama lagi," katanya.
Peningkatan kes baharu berkaitan Covid-19 ekoran PRN Sabah yang diadakan baru-baru ini menyebabkan rakyat bimbang, pentadbiran Muhyiddin dikritik kerana dilihat lemah menguatkuasa perintah kuarantin bagi individu yang pulang dari negeri itu.
Sementara itu, Zulhaida mengingatkan bahawa apa-apa pilihan raya yang mahu diadakan ketika wabak tersebut belum berakhir hanya meningkatkan peluang penularan semula Covid-19.
"Pilihan raya memang melibatkan pergerakan masyarakat setempat.
"Proses kempen akan meningkatkan pergerakan sosial dan hubungan rapat antara calon dan pengundinya. Ini akan meningkatkan risiko wabak.
![]() |
Abang Johari digesa tangguh hasrat |
Sebagai rekod, Kerajaan negeri Sarawak diketuai Abang Johari mempunyai sembilan bulan lagi sebelum perlu mendapatkan mandat baru.
0 Comments