PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim antara pemimpin negara yang sering mengikut perkembangan berkaitan pendemik Covid-19 dalam negara.
Sebelum ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu sering mendesak supaya isu berkaitan Covid-19 ditangani dengan baik, terutama berkaitan kesan ekonomi dihadapi rakyat.
Terbaharu, Anwar turut menzahirkan rasa sedih atas kematian seorang bayi berusia satu tahun yang menjadi mangsa korban Covid-19 semalam.
"Saya juga terkesan dengan mangsa korban Covid-19 semalam yang turut melibatkan seorang bayi berusia setahun.
"Ini sangat menyayat hati tatkala keluarga tidak dapat menatap dan mengucup untuk kali terakhir," tulis Anwar dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Semalam, negara mencatat jumlah positif Covid-19 paling tinggi dalam sejarah iaitu 691 kes. Empat kematian termasuk membabitkan bayi berusia satu tahun dilaporkan.
Sementara itu, Anwar turut sekali lagi mengambil peluang menasihati rakyat Malaysia supaya bersatu dan meningkatkan tahap disiplin serta amalan kebersihan sebagai sebahagian usaha melawan wabak tersebut. Anwar gesa semua pihak bersatu lawan covid
Anwar turut mengingatkan semua pihak terus mematuhi SOP ditetapkan pihak berkuasa.
"Beri dukungan kepada barisan hadapan dengan mematuhi standard prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan sedari awal.
“Ini sahaja jalan dalam usaha menumpaskan wabak ini," katanya lagi.
0 Comments