Bekas TPM dirawat di PPUM


BEKAS
timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilapor sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak semalam.

Perkara itu dimaklumkan sendiri suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kemas kini laman Facebook beliau.

Bagaimanapun menurut Anwar, saringan telah dilakukan sekiranya Dr Wan Azizah dijangkiti COvid-19, namun keputusan adalah negatif.

Dr Wan Azizah di PPUM
“Azizah dirawat di PPUM sejak semalam. Covid-19 negatif. Pemeriksaan umum diteruskan.

"Doakan, Insya-Allah,” tulis Anwar tanpa menyatakan lanjut masalah kesihatan dihadapi isterinya.

Bagaimanapun menurut sumber terdekat, Dr Wan Azizah yang juga pengerusi lembaga penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu ketika ini berada dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan.

Post a Comment

0 Comments