Covid-19: 3,351 kes aktif, 40 dirawat di ICU


KEMENTERIAN Kesihatan hari ini memaklumkan sebanyak 489 kes baharu Covid-19 dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 487 melibatkan penularan dalam negara dan 2 kes import.

Dengan perkembangan itu, Malaysia merekodkan 13,993 kes Covid-19 dengan kes aktif setakat kini lebih 3,351 orang.

“Daripada 487 kes tempatan, 139 merupakan kes dikesan daripada kluster Tembok iaitu di Penjara Alor Setar dan Pokok Sena, Kedah.

“Manakala 15 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu sebanyak 283 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hisham berkata, hari ini Sabah mencatatkan kes tertinggi dengan 282 kes, diikuti Kedah (153) dan Selangor (19) kes.

40 sedang dirawat di ICU


“Pulau Pinang (7), Johor (6), Perak (4), Terengganu (4), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3), Sarawak (3), Pahang (2), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2), Negeri Sembilan (1) dan Kelantan (1),” katanya.


Setakat ini 10,501 daripadanya disahkan sembuh termasuk 74 hari ini.
 
Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 141 orang.

Sementara itu, 40 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 13 memerlukan alat bantuan pernafasan.
 

Post a Comment

0 Comments