SEORANG pemimpin Kerajaan Selangor membidas tindakan tidak profesional Perikatan Nasional (PN) mengumumkan perintah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Klang tanpa berunding dengan kerajaan negeri.
Exco Pelaburan, Industri, Perdagangan dan Industri Kecil dan Sederhana, Teng Chang Khim berkata, kerajaan persekutuan tidak memberikan sebarang butiran kepada negeri itu mengenai kawasan yang terjejas sebelum pengumuman itu.
"Kerajaan persekutuan telah mengumumkan PKPB di Klang tanpa berunding terlebih dahulu dengan kerajaan negeri Selangor dan tanpa memberi butir-butir seperti kawasan tertentu yang akan terjejas.
"Menteri yang membuat pengumuman itu tidak tahu bahawa daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang mempunyai bidang kuasa tempatan yang berbeza.
“Sebahagian besar Majlis Bandaraya Shah Alam juga berada di bawah daerah Klang," kata Adun Bandar Baru Klang dalam satu catatan Facebooknya hari ini.
Sebelum ini Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPB di Sandakan, Papar, Tuaran, di Sabah dan Klang.
Bagaimanapun menurut Teng, sebaik menerima berita mengenai PKPB di Klang, kerajaan negeri Selangor telah bertindak pantas dengan meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri untuk memberikan perincian PKPB hari ini.
"Pada lewat petang semalam, Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) mengarahkan mesyuarat MKN hari ini diadakan pada pukul 11 pagi yang memerlukan kehadiran semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.
"Ini mengganggu rancangan kerajaan negeri untuk mengadakan pertemuan MKN peringkat negeri untuk mengatasi semua masalah yang mungkin timbul akibat PKPB,” katanya.
Media siang tadi melaporkan bagaimana pengumuman tidak jelas itu telah menyebabkan penduduk sekitar yang ingin bekerja di luar kawasan mula berasa resah dan keliru dan mula membanjiri Ibu Pejabat Polis sejak pagi tadi untuk mendapatkan cop pengesahan pihak berkuasa
Beberapa majlis yang dijadualkan bakal diadakan turut dibatalkan, namun petang tadi Ismail Sabri tampil dengan kenyataan baharu yang menyatakan PKPB hanya melibatkan mukim Klang dan bukan keseluruhan daerah.
Tanpa menapis kata-katanya, Teng berkata, adalah tidak dapat dibayangkan bahawa kerajaan persekutuan bertindak begitu tidak kompeten dan tidak profesional walaupun telah memperolehi pengalaman semasa pelaksanaan PKPB, baru-baru ini.
Exco Pelaburan, Industri, Perdagangan dan Industri Kecil dan Sederhana, Teng Chang Khim berkata, kerajaan persekutuan tidak memberikan sebarang butiran kepada negeri itu mengenai kawasan yang terjejas sebelum pengumuman itu.
"Kerajaan persekutuan telah mengumumkan PKPB di Klang tanpa berunding terlebih dahulu dengan kerajaan negeri Selangor dan tanpa memberi butir-butir seperti kawasan tertentu yang akan terjejas.
"Menteri yang membuat pengumuman itu tidak tahu bahawa daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang mempunyai bidang kuasa tempatan yang berbeza.
“Sebahagian besar Majlis Bandaraya Shah Alam juga berada di bawah daerah Klang," kata Adun Bandar Baru Klang dalam satu catatan Facebooknya hari ini.
Sebelum ini Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPB di Sandakan, Papar, Tuaran, di Sabah dan Klang.
Bagaimanapun menurut Teng, sebaik menerima berita mengenai PKPB di Klang, kerajaan negeri Selangor telah bertindak pantas dengan meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri untuk memberikan perincian PKPB hari ini.
PN dianggap tidak profesional |

0 Comments